31 Ogos 2024 - Sabtu (26 Safar 1446H)
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Dalam kemeriahan menyambut Hari Kebangsaan 2024, mungkin ada yang tidak tahu kisah menarik yang ada disebalik sambutan tersebut.
Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa
Beliau memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan bertambah bermakna apabila suara lantang beliau melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali bergema di Dataran Putrajaya. Bacaan ikrar ini turut disertai 66 pelajar dari Institu Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur. Pada tahun 2023, pasukan IPG ini melaksanakan bacaan ikrar dalam bahasa isyarat tetapi kali ini secara lisan dengan formasi kawad dan pakaian seragam batik.
==================================================
AGITO membuat kemunculan sulung liputan secara langsung
Kamera Robotik Model G1 Shotover AGITO
Kamera ini merupakan satu-satunya model yang terdapat di Asia Tenggara
dari SINI..
'Kamera Robotik Model G1 Shotover AGITO adalah kamera kawalan jauh sepenuhnya tanpa pengendali dan ini kali pertama digunakan di RTM dan juga di Asia untuk siaran nasional' - Penerbit Unit Siaran Langsung RTM, Rafael Ramlau
==================================================
Jika tahun lepas, bunga dihadiahkan, kali ini gula-gula pula dipertaruhkan.
Abang Bomba Sado.. Akak Bomba pulak Sweet kan..
Lebih teruja apabila abang JPJ dan abang Polis turut menampilkan anggota berbadan sasa seolah-olah cuba besaing dengan populariti abang Bomba.
Dek terasa adanya saingan, idea sepanduk dari abang Bomba 'Kenapa pilih dia, abang Bomba kan ada..' mencuit hati orang ramai.
==================================================
Disebalik abang Bomba yang menjadi sebutan ramai sejak sambutan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2022 yang lepas, ramai tidak menyedari insan penting disebalik kemeriahan Hari Kebangsaan iaitu Encik Rosnan Nordin, Pengarah Konsep dan Artistik Persembahan.
Beliau yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) kerana kehilangan kaki kiri selepas terpaksa dipotong pada Jun, 2023 akibat jangkitan kuman tidak menjadikannya sebagai penghalang untuk melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Beliau merupakan OKU pertama mengarah konsep sambutan Hari Kebangsaan secara keseluruhan.
Encik Rosnan bin Nordin, disebelah kanan
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Beliau yang berusia 59 tahun, sekali lagi diberi amanah memikul cabaran lebih hebat kerana perlu mengendalikan lebih 17,000 peserta membabitkan 57 kontinjen di Dataran Putrajaya. Sambutan yang dimeriahkan dengan 25 pancaragam, 112 aset hidup, 479 aset negara termasuk persembahan udara, selain segmen persembahan selama 30 minit membabitkan ribuan peserta human graphic dengan gerak tari koreografi berskala besar.
Menurut Rosnan, selain sokongan keluarga, kejayaan tidak dapat direalisasikan tanpa kerjasama yang erat daripada pasukannya.
'Saya suka dengan cara anak-anak buah saya bekerja sebab kami bekerja dalam satu kelompok keluarga dan dah 16 tahun saya bekerja untuk sambutan Hari Kebangsaan. Kami tetap akan bangun pukul tiga pagi. Bukan saya je pukul tiga pagi tapi anak-anak buah saya pun pukul tiga pagi dan kami sentiasa mengadakan perbincangan sehingga larut malam'.
'Apakah orang akan kenang tak dengan apa yang kita buat? Orang akan ingat tak apa yang kita buat? Dan bagaimana kita nak mengangkat benda tu ke atas realiti. Ke atas realiti ini lah satu cabaran bagi saya antara jadi dengan tak jadi; yang pentingnya kita harus berangan-angan mencipta sesuatu keadaan kreatif dan ini saya tak nafikan'.
31 Ogos 2024, merupakan tugasan terakhir beliau mengendali lebih 17,000 peserta di Dataran Putrajaya dengan gilang-gemilang. Sumbangan dan bakti beliau selama 16 tahun mampu membangkitkan keharmonian rakyat di negara ini dan usaha serta semangat beliau mencetuskan inspirasi buat generasi muda. - Berita dari SINI.. bermula dari minit ke 10:08 mengenai beliau.
==================================================
Selain itu, persembahan penutup dengan lagu bertajuk CUCI RASUAH merupakan ciptaan En. Rosnan bin Nordin bersama komposer Anuar Abdul Razak merupakan sumbangan idea terakhir beliau sebelum bersara pada tahun hadapan.
Persembahan tarian melibatkan 515 orang dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang penuh bertenaga menggunakan konsep stompers, peralatan pembersihan seperti penyapu dan tong sampah sebagai simbolik perjuangan Perdana Menteri memerangi budaya kotor rasuah yang mampu merosakkan negara.
Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 dengan jayanya. Great Job..!
#RemajaPurba: Sumber dari en. Google..
Rasanya masa raptai yg kami singgah, ada En Rosnan di pentas utama.
ReplyDeleteAGITO tu memang terbaik, sana sini bergerak nya. Mantap RTM.
belum pernah sampai ke perarakan merdeka peringkat persekutuan.. kalau peringkat negeri, selalu dah join, bukan sebagai penonton, tapi sebagai peserta perarakan..
ReplyDelete