Followers Remaja Purba

Tuesday, March 26, 2024

SELAMAT HARI LAHIR MAK (26 Mac 2024)


26 Mac 2024 - Selasa (15 Ramadhan 1445H)

Enam tahun yang lepas, pada tarikh ini aku telah melapor diri di tempat kerja di lokasi yang baru di sini. Awalnya aku 'culture shock' sebab jauh dari rumah. Ketika itu, aku terpaksa ketepikan perkara yang menjadi kebiasaan aku. 

InsyaAllah, tak lama lagi akan bertukar tempat pula. Suka atau tidak, mahu atau tidak, pertukaran ini tetap akan berlaku. Moga semua urusan dipermudahkanNYA.


Tarikh ini juga merupakan tarikh kelahiran Mak aku.
Mak yang masih kuat bekerja menguruskan rutin harian di kampung.
Mak yang semakin dimamah usia.
Maafkan kami Mak tidak dapat bersama hari ini meraikan ulangtahun kelahiran Mak.
Doa kami dari jauh buat Mak di kampung.


Selamat Hari Lahir buat Mak.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan.
Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻


SELAMAT HARI LAHIR buat Mak..
Happy Birthday to you..


#RemajaPurba: ...

12 comments:

  1. selamat hari lahir utk bondanya, semoga diberi kesihatan berpanjangan...aamin

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir Buat Mak Aiza...

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir buat mak. moga sihat-sihat hendaknya aminnn

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir mak cik
    mudah-mudahan sentiasa sihat selalu
    aminnn

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir buat Mak. Moga sihat, dilindungi Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir untuk mak tercinta.. semoga mak diberikan kesihatan yg baik dan rezeki yang sentiasa mengalir.. ameennnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin..
      Terima kasih LadyBird

      Delete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...