Followers Remaja Purba

Thursday, March 14, 2024

HARGA MINYAK TURUN?


13 Mac 2024 - Rabu

Ada berita mengatakan harga minyak turun?
Harga minyak mana nak turun tapi aku dah biasa bab minyak turun naik ni sebab di rumah minyak sentiasa turun - dari dalam botol masuk dalam kuali.. ðŸ˜† Minyak kereta pun sama, sentiasa turun memandangkan jarak perjalanan aku ke tempat kerja agak jauh. Minyak masak di rumah dan minyak kereta akan naik bila dah tinggal sedikit.

'Babah, minyak masak habis'.
'Abang, minyak kereta habis'.
Urut dada, usap kepala en. Hubby dibuatnya. 'Dah habis, pergilah beli'

Aku..?
Bila en. Hubby tiada, boleh je buat itu ini tanpa mengharapkan bantuan. Bukan main gagah lagi tapi bila en. Hubby ada, automatik terus jadi tak pandai. Bab masak lagilah, mula merengek manja request nak makan apa.

Menu berbuka semalam, biasa-biasa je buat kami yang biasa-biasa ni. Tak guna minyak bukan sebab dah habis tapi lauk dah tersedia, hanya tinggal nak panaskan. Sebelum puasa, en. Hubby dah siapkan pes masakan, hanya gunakan pes yang ada untuk masak. Kerja jadi mudah dan tak perlu bersilat lama di dapur. 


14 Mac 2024 - Khamis

Malam tadi en. Hubby kena outstation, maka sahur pagi tadi hanya ditemani oleh anak-anak. Menu ringkas, sekadar untuk memberi tenaga di siang hari.

Aku..?
Mood di waktu siang di dalam bulan Ramadan
- sumber en. X -

Pagi ini, ada meeting yang perlu aku hadiri. Moga tidaklah aku menjadi seperti anak kucing itu nanti.. ðŸ¤£

#RemajaPurba: ...

7 comments:

  1. eh...harga minyak mana yang turun tu??kikiki

    ReplyDelete
  2. hahahah comel je kucing tu..alamak xde dgr pon minyak nk turun harga biar betikk ni...ptt la kt sni asyik sorok mnyk paket...igtkn nk naik hrga lagi

    ReplyDelete
  3. Harga semua benda tak ada yang makin turun kan

    ReplyDelete
  4. Eh betul ke harga minyak dah turun ni .. sekarang fokus kat harga bawang jer yang tengah naik

    ReplyDelete
  5. Minyak kalau dulu ada la jugak naik turun bagai .. dpt PM yg menjanjikan bulan bintang ni langsung tak turun turun hahahah.. minyak masak habis boleh lgi kalau minyak kete haishh mmm tak leh nak ngelat huhuu

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...