Followers Remaja Purba

Monday, February 14, 2022

Dak Nuha Kontak Rapat


18:20 pm - 11 Februari 2022 (Jumaat)

Cikgu sekolah dak Nuha call.
Terfikir dia tertinggal van lagi ke..? Tapi tak mungkin sebab belum habis sesi persekolahan lagi. Rupa-rupanya ada seorang murid +ve dan dak Nuha dikira sebagai kontak rapat pada murid tersebut sebab deme naik satu van sekolah. 

Minggu lepas dari tempat kerja membawa ke taman perumahan aku ada sahaja kedengaran kes Covid-19 ni membuatkan aku rasa letih mengadap kes +ve ni. Walau aku bukan mangsa dan pemangsa tetapi bila kes-kes yang berhampiran aku membuatkan aku makin risau, ditambah lagi dengan apa yang dah berlaku pada dak Nuha.

Pemantauan aku setakat ini dan ujian yang dilakukan memberi sedikit kelegaan dalam hati hati. Langkah berjaga-jaga kami ambil untuk tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Sebelum ni aku pernah menjadi kontak rapat, juga bila dibuat ujian, Alhamdulillah -ve walau debaran tu Allah je yang tahu.

'Alah.. kontak rapat je pun, bukannya +ve. Itupun nak kecoh'.

Biarlah, blog aku, kisah aku.
Kau tak suka, kau tak perlu ambil tahu. Bukan aku susahkan hidup kau pun.

#RemajaPurba: Na'uzubillahi min zalik.. kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut. 

2 comments:

Suria Amanda said...

Dia xde anak erk sampai cakap macam tu? dia x nak jaga pecaution apa segala dia nyer pasal...anak kita...kita jaga....

aizamia3 said...

Itulah.. masa cikgunya call, blank sekejap walau dah boleh agak apa yang cikgunya nak bagitau.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...