Followers Remaja Purba

Friday, October 9, 2020

Kuarantin sepenuhnya di rumah

 
DAY 200 (03 Oktober 2020 - Sabtu)
Pada yang bertanya, pembedahan yang akan aku jalani nanti adalah pada jari tangan kanan. Sementara itu, rutin harian berjalan seperti biasa.


DAY 201 (04 Oktober 2020 - Ahad)
Kuarantin sepenuhnya di rumah, sebagai langkah berjaga-jaga. Dak Nuha merengek ajak keluar berjalan pun aku tak layan. Betapa kebalnya hati aku kali ini.


DAY 202 (05 Oktober 2020 - Isnin)
Hari ini aku bekerja dalam keadaan marah + geram yang tak dapat diluah. Jangan tanya apa sebab aku sendiri dah lupa..😂


DAY 203 (06 Oktober 2020 - Selasa)
Dua minggu tak online.. ðŸĪ”
Terima kasih sebab bertanya.🙃

Sebenarnya aku sibuk 'outstation'
Kalau tak ke Thailand, aku ke Korea takpun ke Taiwan tapi biasanya ke China.. ðŸĪŠ


DAY 204 (07 Oktober 2020 - Rabu)
Makin lama makin meningkat kes Covid-19. Sejak 200 hari yang lepas kita telah berada di dalam norma baharu disamping Abah turut berpesan:
  • Guna Topeng Muka
  • Kerap membasuh tangan
  • Penjarakan Sosial
Juga mengelakkan 3S
  • Sesak - sedari dulu aku tak suka dengan tempat yang sesak.
  • Sempit - tempat yang tertutup dan sempit, hari-hari aku menggunakan lift di tempat kerja.
  • Sembang dekat - berbisik di dalam  whatsapp je sekarang ni.

Realitinya aku ni seorang yang lebih suka berada di rumah. Betapa nikmatnya dapat berehat di hujung minggu selepas lima hari bekerja berhadapan pula dengan jarak perjalanan lebih seratus kilometer pergi dan balik ke tempat kerja.


DAY 205 (08 Oktober 2020 - Khamis)
Nampaknya sebahagian dari daerah Klang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dari jauh aku doakan moga rutin harian mereka dipermudahkanNYA.

Aku..?
Tiada persediaan awal untuk memindahkan barang-barang untuk berpindah aras. Tak sampai setahun setengah aku berada di lokasi sekarang. Rasa macam baru je aku di sini.

#KisahKita: ...

4 comments:

A m m i said...

hahah day 203 tu menonton drama la tu

Diana Rashid said...

selalu jugak outstation ke Thai , korea dan taiwan. Tak bertembung pulak kita kat airport. Tak de rezeki la tu..

hahah

Syaz Rahim said...

semoga semua baik2 aje :)

Amie said...

Jumlah kes covid semakin naik setiap hari, tidak nampak surutnya! Bertabahlah.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...