Followers Remaja Purba

Wednesday, June 3, 2020

Jualan Burger dan Food Panda


DAY 78 (3 Jun 2020 - Rabu)
Hari kesebelas Syawal

Pagi:
Kerja.


Petang:
Untuk rekod, ini kali pertama aku masak ikan cencaru asam pedas.
Gambar tiada.
Sedap? Itu subjektif. Terpulang pada yang merasa tapi apa yang pasti, habis je anak-anak makan. Alah.. deme semua lapar, itu yang nampak sedap.. 🤪


Lewat petang:
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sumber pendapatan en. Hubby turut terkesan. Demi kelangsungan hidup, jalan alternatif perlu dicari.

Menjual burger menjadi pilihan. Kerja yang bukan baru dilakukan cuma kali ini hanya dapat dilakukan di rumah. Hasil pertama jualan burger yang diusahakan di rumah habis terjual. Alhamdulillah.. bahagian ini nantilah aku cerita.

Sebelum ini, en. Hubby menggunakan khidmat Food Panda bagi jualan burger beliau tapi disebabkan lokasi tersebut tidak dibolehkan meniaga dalam tempoh PKP ini, maka buat sementara kita jual dari rumah jelah tapi sayangnya kawasan kami bukan dalam radar Food Panda. Takpelah masih ada cari lain untuk pembeli tahu di mana lokasi en. Hubby meniaga.


Malam:
Berehat sambil menonton filem Charlie's Angels 2019. Filem yang menarik walau baru la ni dapat menontonnya. Ini pun ada masa nanti aku review.

Kristen Stewart, Naomi Scott and Ella Balinska as the new generation of Angels

Lewat malam:
Masa untuk tidur, esok kerja lagi.

#KisahKita:

5 comments:

Han Hanni said...

alhamdulillah.. habis burger semuanya..
Semoga dipermudahkan urusan kak sekeluarga. semoga murah rezeki.
Staysafe

Sis Lin said...

InsyaAllah ada rezekinya tu...Sis pun selalu beli burger foodpanda gak hehehe walau kekadang penyek-pnyek burgernyaa

AzianKhalil said...

semoga dimurahkan rezeki ya... saya mmg suka makan burger kat stall satll burger ni... selalu kirim kat suami burger...tu sebab la pipi pun bulat macam burger

Amie said...

Ikan cencaru asam pedas!
Allah... berpuluh tahun tak makan... tiba-tiba rasa teringin sangat!
moga dipermudahkan segala urusan di musim PKPB ini.

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan semua urusan sehariannya dan dimurahkan rezekinya.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...