Followers Remaja Purba

Friday, September 6, 2019

Harimau Malaya + Pengulas Sukan Bolasepak


Kisah malam tadi:
Skuad Harimau Malaya berjaya bangkit mencatat kemenangan ke atas Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Mohamadou Sumareh telah menyelamatkan Malaysia dari berakhir seri 2-2 malam tadi.

Walau penyokong tuan rumah menyerang dengan balingan botol dan turut melempar suar hingga memaksa permainan dihentikan seketika namun ia tidak mematahkan semangat skuad Harimau Malaya untuk mencipta kemenangan.

Gambar dari en. Google

Manakala..

Perlawanan tersebut turut dicemari dengan insiden penyokong Indonesia yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan tuan rumah.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku sebaik perlawanan tersebut tamat adalah kata-kata salah seorang dari pengulas sukan:

'Sama-samalah kita berdoa buat penyokong dan pemain agar selamat kembali ke tempat penginapan.'

Mana taknya..
Kesemua pemain dan pegawai pasukan Harimau Malaya terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda ke hotel penginapan atas faktor keselamatan dan ini juga merupakan kali ketiga skuad Harimau Malaya menaiki kereta perisai tersebut. Sejarah dalam perlawanan menentang pasukan Indonesia sebelum ini amat 'menakut'kan baik skuad Harimau Malaya mahupun peyokong sendiri.

Gambar dari en. Google
Kisah SINI..
Pihak polis tidak membenarkan situasi tersebut dirakam demi keselamatan skuad Harimau Malaya, 

Walau terpaksa berhadapan dengan situasi yang mungkin membahayakan keselamatan skuad Harimau Malaya, tahniah diucapkan kepada skuad negara di atas kemenangan malam tadi.

StatusHati: Letih sangat..

3 comments:

AZ .Com said...

oohhh pasal ni.. memang ada rusuhan, kesian pemain kita harap2 semuanya selamat..

Anonymous said...

The Chinese name for alkaline noodles” is 碱水面.

uncle gedek said...

Sakit jantung kan! adoi!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...