Followers Remaja Purba

Wednesday, September 18, 2019

Bacaan IPU telah melebihi 200


Pagi tadi:
Dalam hampir semua WhatsApp group yang ada, semua sibuk bertanyakan
'Sekolah cuti ke hari ni?'

Kementerian Pendidikan Malaysia:
Laporan terkini 18 September 2019 (6 pagi), penutupan sekolah melibatkan semua sekolah di bawah PPD Klang.

Bacaan terkini telah melebihi 200 pada jam 5 pagi.
Semua sekolah di Daerah Klang diarah tutup.
Murid sahaja dicutikan, manakala guru dan staf bertugas seperti biasa.




PENTING dan GENTING:
Semua sekolah perlu ikut SOP Jerebu. Sekolah tutup apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200. Untuk makluman, semua PGB sedang menyenaraikan maklumat yang perlu bagi penutupan sekolah hari ini. Mohon PKP semua rujuk Pengetua dan Guru Besar masing-masing.


Disebalik pengumuman tersebut..
'Cikgu, sekolah ke cuti? Kalau cuti saya nak sambung tidur?'
'Cuti, jangan lupa study. tq.'
'Cikgu berapa hari cuti?'
'Tak tahu, mungkin sehari je kot.'


Disebabkan last minute' pengumuman dibuat, maka ada antara pelajar telah ke sekolah tapi diarah balik kerana sekolah ditutup. Syukur pakcik van sekolah tak tinggalkan dorang di sekolah pagi tadi. 

StatusHati: Cepatlah ia berlalu pergi..

7 comments:

  1. nasib baik dah settle UPSR. Kalau tidak kesian kat calon2 UPSR kena tangguh paper.. Apa2 pun semoga semuanya kembali ke sediakala..

    ReplyDelete
  2. Merisaukan. Tapi masih ada Ibu bapa tak melarang anak-anak main di luar rumah.. Atau mungkin anak-anak keluar senyap-senyap..

    ReplyDelete
  3. mmg kene alert je, pagi2 kene bukak tv atau radio utk dengar pengumuman... sekolah aiyan harini masih lg sekolah, tp tak taulah esok... sbb bacaan ipu nya dh hampir2 200...

    ReplyDelete
  4. sangat2 membimbang kan masalah jerebu laa nii, semoga keadaan negara kita kembali pulih sedia kala, aamiin

    ReplyDelete
  5. Harap2 gejala jerebu akan segera berkurangan

    ReplyDelete
  6. now melaka beransur ok.
    tiap hari hujan.
    ntah la hujan asli or pembenihan hujan.
    yg penting hujan :)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...