Followers Remaja Purba

Monday, November 5, 2018

Lawatan Sambil Belajar di KidZania



If you have kids who is curious about what a firefighter, pilot or even a doctor does.. KidZania Kuala Lumpur is where they can learn more! Here at our 80,000 sq. ft. kid-sized city, across more than 60 establishments, kids between the ages of 4-14 will get to experience these real-life occupations hands-on in a fun yet engaging learning environment. What's more, they will learn to be independent, know the value of teamwork, develop, skills and even financial literacy!
Mengenai KidZania boleh google di SINI..


Jujurnya aku tak pernah jejakkan kaki ke KidZania ni, kalau setakat jari-jemari aku ni pernahlah singgah di internat.. hehehe..

Kali ni, peluang dak Nuha ke sana. Sedari awal sebenarnya dia merengek minta aku isikan borang untuk turut serta. Tak di isi tak sampai hati, andai di isi di mana ingin kucarikan wang sebanyak itu. Bertabah dan berdoalah moga dimurahkan rezeki si anak ketika itu.


DAN..
Hari ni dak Nuha bersama rakan-rakan di sekolah menghadiri Lawatan Sambil Belajar di KidZania. Pasti akan meninggalkan satu kenangan yang takkan dilupakan oleh dak Nuha dan bersedialah telinga #MakBudak balik kerja petang nanti mendengar celoteh dia bercerita.


Peribahasa Lama Melayu..
'Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.'

Dak Nuha bersama kawan-kawan sedang belajar memasak di #KidZania la ni..
Secara teknikal Babah yang terror masak, ibu terror di balapan.. hahaha..

spot yang mana satu dak Nuha..?


Rezeki anak..
Alhamdulillah..

'Ya!Allah..
Kau murahkan rezeki kami Ya!Allah..
Demi anak-anakku dan masa depan kami Ya!Allah..
Permudahkanlah rutin harian kami Ya!Allah..
Aamiin ya rabbal 'alamin..'



StatusHati: Zaman aku dulu main teng teng je..


4 comments:

  1. Brapa masuk tu... Dgr kata mahal jugak...
    Zaman dulu kala.. Main Masak2 ja..

    ReplyDelete
  2. Seronok nampaknya mereka main masak-masak

    ReplyDelete
  3. Zarul farhana:
    Anak saya dapat RM65.00. Kalau harga biasa lagi mahal rasanya. (tak pernah check harganya pun.. hehehe..)

    Betul2.. main pondok2 je.. hehehe..


    Mrs. A:
    Sampai rumah tak dan duduk terus bercerita apa yang dia buat dekat sana.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. kan...tak pun galah panjang
    nak permainan sopan sikit, main congkak :D

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...