Betapa sabarnya Safiyya melayan kerenah Tengku Wildan yang langsung tidak mengiktiraf kehadiran sebagai seorang isteri. Sebaliknya lebih senang melayani kerenah sepupu Safiyya yang gilakan duit itu.
'Ciri-ciri nak jadi pembantu Tengku Wildan bukan bergantung pada pakaian yang cantik, moden dan tak tutup aurat tapi pada ilmu dan idea yang dia ada. Kalau setakat muka je cantik tapi tak boleh berfikir tak guna juga kan..?'
- Safiyya (e. 14) dan kisah dari awal di SINI..
Konflik pasti berlaku apabila tiada keserasian di antara pasangan pilihan keluarga. Lebih-lebih lagi turut menjadi kebencian ibu mertua. Moga terus istiqamah dalam meledani rutin harian disamping keluarga sendiri dan pasangan.
Sedikit kata-kata:
- Orang lain menyuruh kita bersabar tapi belum tentu kita mampu bersabar.
- Orang lain cuba memohon maaf tapi belum tentu kita mampu memberi maaf.
- Ada orang mahu menjadi orang penting dalam masyarakat tapi belum tentu ada yang mahu menjadi orang yang baik di sisi masyarakat.
Di sinilah kita kena patuh dengan segala ajaran dan larangan dariNYA.
StatusHati: Kekuatan dalaman amat diperlukan.
Hi Aiza. Salam kenal :)
ReplyDelete