Followers Remaja Purba

Thursday, June 14, 2018

Jangan mengharap pemberian duit raya


Drama NUR di TV3 mengakhiri siarannya malam tadi. Pelbagai cadangan dan komen mengenai drama itu di media sosial. Aku..? Masih ada sesuatu mengenai drama NUR yang ingin aku kongsikan di sini tapi nantilah, beri laluan pada Aidilfitri bakal menjelang tiba ini.


Aidilfitri kali ini..
Pertama kali aku bercuti lebih awal dari biasa gara-gara dek sesuatu menimpa. Moga lepas raya nanti tidak membebankan rutin harian. Ya!Allah.. kau kuatkanlah hatiku ini.

Checklist Raya..
Tiada yang lain dari yang lain. Rutin sama setiap tahun akan aku lalui InsyaAllah. Nak kata aku excited .. tak jugak. Beringat + berjaga-jaga jangan boros berbelanja.. 🤗

Sejak Aidilfitri tahun lepas, dak Kakak kuingatkan..
'Jangan mengharap pemberian duit raya sebab kakak dah besar.' Tak nak Kakak terasa hati bila dia tak dapat duit raya.. hahaha..

Tapi pada aku.. duit raya bukan keutamaan aku. Kita balik kampung nak menjenguk kaum keluarga, sanak saudara. Kena beringat - bukan semua orang senang dan mampu. Aku tak nak sentuh sangat bab duit raya ni, isu sensitif bagi sesetengah orang. Jalan terbaik tukar sesiap duit raya. Bagi ke tak bagi belakang cerita.. 😀😎

InsyaAllah..
Kalau takde aral membujur lalu melintang patah, 1 Syawal baru balik kampung. Moga perjalanan pergi dan balik Aidilfitri kali ni dipermudahkanNYA. InsyaAllah.. Aamiin..


StatusHati: Baju raya.. 😅


5 comments:

  1. salam syawal. semoga selamat sampai ke tempat yang di tuju

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan.
    Selamat menyambut raya

    ReplyDelete
  3. betul tu kena diingatkan pada kanak2.. raya is not about getting duit raya saja.
    konsep beraya kena diketengahkan ^^

    ReplyDelete
  4. dah besar memang dah redho dah kalau tak dapat duit raya

    ReplyDelete
  5. anak2 aida plak, aida siapkan henbeg baru utk collect duit raya hi hi hi hi :)
    one thing, nasihat aida, jgn buka sampul.
    terima saje pe pun isi nyer. bersyukur :)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...