Followers Remaja Purba

Friday, February 24, 2017

Bauan yang buat ada tak senang duduk


Aku bukanlah seorang peniaga.. jauh sekali yang online.
Namun, sesekali ada juga bahan jualan yang aku bawa ke tempat kerja.

Sejak tahun lepas, dah beberapa kali aku bawa hasil tuaian jagung dari ladang yang dimiliki oleh jiran rumah aku. Jiran aku tu lah yang ajar aku nak jual macam mana. Maklumlah aku mana ada pengalaman. Hasil jualan jagung tu dapatlah aku belanja anak-anak makan. Seronok rupanya kita meniaga ni. Penat biasalah tapi berbaloi bila tengok hasil jualan tu laku. Alhamdulillah.. win win situations atas hasil jualan jagung tu.


Inilah jagung yang selalu aku bawa ke tempat kerja.


Aku bawa hasil tuaian jagung tu pun bukan selalu, hanya pada waktu tertentu terutama pada musim cuti persekolahan memandangkan jiran aku sibuk dengan rutin harian. Bila ada peluang macam tu, memang aku takkan lepaskan. Setakat ni hasilnya tidak mengecewakan.


Anak tak minat makan jagung rebus tapi kalau dibuat bubur laju je habis.



Selain jagung, ayam golek pun antara jualan yang biasa aku bawa ke tempat kerja. Setakat ni, air tangan my chef Hubby tak mengecewakan. Lagi-lagi bila ada yang suka makan ayam. Semerbak harum baunya bila di bakar di tempat kerja. Resepi..? Jangan tanya aku sebab bukan aku yang buat.. ekekeke..


Seksinya ayam golek tandoori ni
(ayam yang telah siap diperap)


Selain dari ayam golek Tandoori, ayam golek Pandan pun harum mewangi baunya.. eemm.. ni tengah menaip ni pun alahai terbayang-bayang baunya. Minggu depan nak cuba bawa ayam golek percik. Andai respond sehingga daging lerai dari tulang, sedaplah tu dan boleh buka order untuk menu baru.. Aamiin..

Walau hanya sesekali bawa ke tempat kerja tapi Alhamdulillah berjaya berada di dalam hati peminat ayam. Aku dan anak-anak pun turut menyukainya.


StatusHati: Sesekali makan banyak tak gemuk pun.. kihkihkih..


Wednesday, February 22, 2017

SIKAP Segelintir Ibubapa


Kisah menghantar dan mengambil anak balik sekolah.

Dulu..
Aku pergi sekolah jalan kaki je, takde pulak ayah nak hantar ke sekolah.
Nak kata sekolah dekat tak jugak.

Sekarang..
Pergi berhantar, balik berjemput.
Itu situasi yang anak-anak zaman sekarang lalui.
Macam anak aku, pagi Babah dorang akan hantar ke sekolah, hanya balik sekolah dijemput oleh van sekolah sebab tempat tinggal aku agak jauh dari sekolah.


Ketika dak Kakak masuk alam persekolahan - darjah satu.
Apa yang aku perhatikan.. ada ibubapa yang berdiri secara berjemaah depan pintu pagar sekolah hingga menghalang laluan keluar masuk ke dalam sekolah. Tu belum lagi yang bermotosikal pun turut memenuhkan ruang yang sama. Bila loceng berbunyi, makin rapat mereka berjemaah. Aku tak faham kenapa keadaan macam ni berlaku.


Apa pula yang aku lakukan waktu itu?
Dulu.. aku akan parking jauh sedikit dari kawasan sekolah sebab aku tak nak susahkan orang lain dan aku tak nak kena maki. Aku sanggup jalan jalan kaki dan tunggu tepi sekolah. Sekurang-kurangnya aku bukan salah seorang yang buat jalan jadi semakin sesak dekat depan sekolah.

Tak payah nak tercangak-cangak berjemaah depan pagar sekolah mencari anak yang berpusu-pusu keluar dari kawasan sekolah sebab dari awal aku dah pesan pada dak Kakak;

'Tunggu dekat pondok dalam kawasan sekolah. Selagi ibu tak sampai jangan keluar dari kawasan sekolah, tak payah nak keluar cari ibu.'

Dulu, sekolah lama anak aku tu, ada pondok berhampiran pondok pengawal sekolah. Jadi, sementara nak tunggu aku sampai, memang dak Kakak akan tunggu dekat situ, ada masa aku lewat sampai sebab jalanraya yang sesak. 


Sekarang, takde masalah sebab anak-anak bersekolah di kawasan kampung. Jauh dari hiruk-pikuk sesaknya jalanraya. Waktu aku sampai untuk ambil dak Kakak pun kawasan sekolah dah mula lengang.

Sampai terlelap-lelap aku tunggu dak Kakak keluar dari kawasan sekolah.
Sekarang dak Kakak dah sekolah agak jauh dari rumah dan balik sekolah naik van sekolah. Dak Adik pulak waktu balik sekolah lebih lambat dari aku dan balik naik van sekolah.. jadi aku terus balik rumah dan masak untuk makan malam..



Kepada segelintir ibubapa ni..

Jangan buat keras kau tu je, tak fikir keadaan orang lain. Kesian pada anak-anak terutama murid darjah satu, tercangak-cangak mencari kelibat ibubapa mereka atau lebih haru, andai mereka naik van sekolah. Dahlah depan kawasan depan sekolah di'reserve' oleh ibubapa. Dengan beban beg sekolah yang berat, badan anak yang kecil molek kena pulak berjalan jauh mencari van sekolah mereka.

Jangan pentingkan diri sendiri. Semua orang nak cepat... nak kejar masa tapi kalau ada sedikit ehsan dalam diri tu takdelah jadi serabut kawasan depan sekolah tu. Belajarlah bertolak-ansur.. andai kita mudahkan orang lain, dah tentu urusan kita dipermudahkanNYA.



StatusHati: Senyum itu Sedekah.. Tak cacat pun muka kau tu kalau senyum dekat aku..

 

Friday, February 17, 2017

Bukan senang nak cari Pengasuh anak yang serasi


Pengalaman bertukar pengasuh pasti meninggalkan kesan sama ada dari sudut positif mahupun negatif. Bukan senang nak cari pengasuh anak yang serasi dan tidak mendatangkan masalah besar dalam hubungan untuk jangka masa panjang.

Aku tak pernah ada pengalaman menghantar anak ke taska/nursery. Setakat acah-acah nak hantar tu adalah tapi tak pernah berjaya pun. Aku lebih selesa hantar ke rumah orang. Lebih-lebih lagi bila orang tu hanya jaga anak-anak aku je, memang heaven rasanya. Walau kini dah bertukar pengasuh, namun hubungan tak pernah putus.. saling berhubungan walau tak sekerap mana..


Kisah pagi tadi..

Rindu pada air tangan nenek a.k.a pengasuh lama anak-anak..



'Nenek garang.. atok tak..'
Jangan kata anak-anak, aku pun kena marah @ bebel dengan nenek.. ekekeke..


Buat nenek dan atok..
Moga dimurahkan rezeki, sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian serta tak pernah jemu dan bosan melayan kerenah aku dan anak-anak.

 
StatusHati: What you don't know won't hurt you..


Wednesday, February 15, 2017

Lama tak balik kampung..


Rindu dengan kampung..
Andai ada peluang nak menetap terus di kampung..
Tak larat nak hadap kesesakan jalanraya yang menyeksakan..
Moga peluang tersebut akan tiba suatu hari nanti..
InsyaAllah.. Aamiin..


Sebahagian kecil kenangan yang ada..

Pasar Pulau Sebang, Tampin, Negeri Sembilan..
Bertahun lamanya aku dah tak singgah pasar ni..


Freeport A'Famosa Outlet (FAO).
Hanya buat lintas hormat je masa ni..
Takpe.. lain kali aku singgah. Laluan balik kampung je kot..


Cendol Bakar di Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka.
Sekadar nak merasa..


Melaka dah lama amalkan..
Selangor baru buat.. kecoh sampai masuk media massa..



StatusHati: Rindu zaman kanak-kanak purba dulu..


Monday, February 13, 2017

Takdelah jadi bahan bicara jiran keliling


Kisah petang semalam..

Atas pujukan dak Kakak, dalam tak larat, aku luangkan juga masa membersihkan kawasan belakang rumahku dengan hanya menggunakan tulang empat kerat. Berbekalkan sarung tangan dan sebatang cangkul, bersungguh-sungguh aku dan dak Kakak mengusahakannya.

Dak Nuha..?
Turut sama menyibuk mencabut rumput yang ada. Tak menahan rumput yang dicabut terus terkena mukaku.. Habis berpasir mukaku hingga termasuk ke dalam lubang hidungku. Alahai Nuha.. nasib baik tak masuk dalam mata ibu tau. Sudahnya ku suruh dia hanya jadi mandur di pintu belakang rumahku.


Sebelum..
Ini adalah lalang bukan serai..

Walaupun tak sekemas mana tapi..
Sekurang-kurangnya takdelah nampak kehutanan sangat kan..
Sakit pinggang jangan tanyalah.. terasa nak demam dibuatnya.


Perbezaan sebelum dan selepas..


Oklah kan..
Sekurang-kurangnya kucing-kucing gelandangan yang datang nak makan dekat rumah aku, takdelah terpaksa lalu di celah-celah semak-samun yang ada tu. Selesalah sikit kucing-kucing tersebut nak makan.

Bila dah terang macam ni.. mulalah nak gedik memujuk peneman sepanjang hayat untuk alihkan pokok-pokok cili yang ada tu ke tanah belakang rumah.. tapi apakan daya.. kesibukan dan kesukaran beliau mendapat cuti terpaksalah ditangguhkan.. hingga lalang naik semula nanti..?? eemmm..

Tapi..
Apa yang penting.. selesa dan takdelah jadi bahan bicara jiran keliling..


StatusHati: Masih rasa tak sedap badan..



Friday, February 10, 2017

Dari Fisioterapi, Orthopedic hingga ke Neuromedical.


Sejak tiga bulan kebelakangan ni, dating dengan doctor menjadi rutin bulanan aku. Dari Fisioterapi, Orthopedic hingga ke Neuromedical hinggakan terasa nak berdiam diri buat sementara waktu. Dalam masa yang sama idea tak nak datang menjengah buat aku rasa down. Cemburu melihatkan kawan-kawan ada je kisah nak dikongsikan tapi aku..

Kali ni hanya entry pendek bagi beberapa peristiwa sepanjang minggu lepas aku rangkumkan di sini..


Hadiah hari lahir yang jatuh masa Chinese New Year baru-baru ni..


Angpow buat anak-anak dari tempat kerja chef Hubby..



Pagi yang tenang menggamit memori.. hehehe..


Hasil kerjasama my SIL and her team #SiTukangPelamin..
Gambar pengantin.. belum ada masa nak edit..



Minggu ni..
Rutin harian berjalan seperti biasa..
Takde yang terlalu istimewa.. kalau ada pun hanya untuk tatapan peribadi.
Doa dan harapan aku, moga rutin kita semua dipermudahkanNYA.
Terima kasih sebab masih sudi singgah ke blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni.
Sayang korang ketat-ketat..


StatusHati: Petang ni aku ada dating dengan doctor di Bahagian Neuromedical..


Wednesday, February 8, 2017

Gagal dalam ujian DARAH


Mengulas kisah pada 17 Januari 2017 yang lepas..

Selesai urusan berkaitan, keinginan nak derma darah tiba-tiba mencanak naik. Dah alang-alang masih berada di hospital. Sebelum ni tak berjaya pujuk chef Hubby dan sememangnya beliau tak izinkan. Kali ni sebab aku pergi hospital berseorangan, gigih aku mengisi borang berkaitan sebelum nak derma darah ketika itu.

Dipendekkan cerita..
Aku sememangnya belum layak untuk menderma darah kerana Hb low. Aku GAGAL dalam ujian darah kerana belum mencapai tahap piawaian yang ditetapkan.

'Sikit je lagi kak, kalau tak.. akak dah boleh derma dah. Lain kali akak cuba lagi ye kak.' Ini yang dimaklumkan oleh doctor bertugas.

'Bagi sihat dulu diri tu.' Nasihat Pengarah di tempat kerja.

Dalam hati... takpe, lain kali aku pergi hospital aku nak cuba lagi.

--------------------------------------------------------------------------------



Itu kisah bulan lepas, yang ni pulak kisah pagi semalam..

Lepas selesai rawatan fisioterapi, nekad nak cuba lagi. Selamba isi borang walau tak yakin 100%.. takpelah, kalau tak boleh.. lain kali cuba lagi..


Akhirnya..
Aku BERJAYA dalam ujian kali ni. Puas hati rasanya ditambah dengan layanan kakitangan dan doctor berkenaan, Alhamdulillah aku berjaya MENDERMA DARAH dengan izinNYA.




Puasnya rasa hati bila dapat menderma darah..


TAPI tetap kena bebel dengan peneman sepanjang hayat..
'Dah tau diri tu tak cukup sihat, derma jugak kenapa?'
Ni merujuk kes aku pengsan sampai warded tiga bulan lepas.

'Alah.. abang kan ada.. kata sayang..' hehehe..

'Nak sayang macam mana kalau sendiri tak sayangkan diri sendiri.'
Tak terkata apa dah lepas tu..


StatusHati: Jangan terlalu hanyut.. The choice is yours.



Friday, February 3, 2017

Best ke Filem xXx: The Return of Xander Cage?



Kisah pada hari kedua Tahun Baru Cina (CNY)
 
Jumpa dia ni di GSC Setia City Mall


Yeah.. Akhirnya..
xXx: The Return of Xander Cage..
Peneman sepanjang hayat tak boleh teman.. my SIL jadi mangsa..
Janji aku dapat tengok my sexy budak botak..

Ggrrr... aauuwww... mioww.. best.. best..
Hadiah hari lahir 28 Januari 2017..
#MyBigDay..


Sejak dari zaman remaja sampai dah jadi #RemajaPurba ni, aku suka sangat dengan budak botak ni. Suara garau dia.. eemm.. Kalau dapat jumpa, tak nak aku bayangkan apa akan jadi pada aku. Ok.. cukup.. cukup.. kang peneman sepanjang hayat tunjuk gambar pelakon lawa yang dia suka, mahu aku sentap sepurnama nanti.. kahkahkah..


La ni jatuh cinta dengan watak #Adele dalam xXx: The Retun of Xander Cage tu sambil membayangkan aku kurus macam si rambut hijau tu.. eemm.. Nampaknya nak kena work out lebih ni.
#PerasanSlim
#XanderCage


Mengumpulkan ramai pelakon popular dalam filem xXx ni..

Sharpshooter Adele Wolff (Ruby Rose)


Aku sukakan watak dia dalam filem ni..


Keduanya pelakon kesukaan aku..

Sumber asal: FB dan pakcik google..


9/10 aku bagi untuk filem ni. Damn serious.. aku suka budak botak ni..


StatusHati: I don't believe in good guy..



Wednesday, February 1, 2017

Makan besar Yee Sang pada Hari Lahir #RemajaPurba


Boleh dikatakan hampir setiap tahun aku akan menyambut hari lahir pada Tahun Baru Cina. Sepatutnya kami makan besar pada malam Tahun Baru Cina tapi memandangkan peneman sepanjang hayat balik lewat makan terpaksalah ditangguhkan malam keesokkannya.


Ketika orang lain dah puas makan limau, aku baru dapat merasa pada Sabtu lepas..

Hadiah dari Kit Kat.. kihkihkih..
'Ni ibu punya.. Kit Katnya korang makanlah ye..'


DAN..
Kemuncak pada makan besar 'Yee Sang'.. diraikan bersama family SIL pada malam 28 Januari lepas. Lewat sehari dari jadual asal. Takpelah.. janji aku dapat merasa. Berkebetulan chef Hubby ada tempahan memasak maka agak terbatas nak berjalan sakan cuti kali ni..


Dibuat khas oleh sifu chef Hubby..


Kali pertama menikmati Yee Sang..

Dalam bahasa Cina, perkataan "Yee" bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan "Sang" pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan Yee Sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur. Sumber asal dari SINI.


Dalam masa yang sama..
Keinginan nak jumpa Van Diesel, budak botak 'xxx: The Return of Xander Cage' tetap meluap-luap. Memandangkan chef Hubby tak boleh teman, my SIL yang jadi mangsa aku. Filem yang mengumpulkan ramai pelakon popular dan apa yang boleh aku katakan.. filem ni sangat best pada pandangan mata aku.. ggrrr... aaauuuwwww.. aaauuummm.. mioowww... hehehe..

Nanti aku share kisah aku jumpa budak botak ni.. kihkihkih..


My Favourite cake..
Masuk hospital tahun lepas pun, kek ni jugak yang aku dapat..


Sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan di Setia City Mall.
Masa ni tak bawa dak Nuha, kalau dia ada.. aku rasa mahu dia ikut vontot singa tu..
Bab selfie bagilah dekat dia.. tak kira tempat nak bergambar..



Apa-apapun, sambutan Hari Lahir aku pada tahun Tahun Baru Cina kali ni diraikan seadanya. Part yang tak best bila chef Hubby sendiri lambat wish buat aku.. Geram lak rasanya sampai tahap 'Tunggulah.. akan kubalas nanti..' kahkahkah.. gelak jahat..



StatusHati: Moga bahagia ini berkekalan hendakNYA.. Aamiin..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...