Buat pertama kalinya tahun ni aku tak sambut raya di rumah sendiri.. Tak seperti tahun sebelum ni, pasti akan beraya dulu di TDBi sebelum balik kampung.. Nampaknya kali ni majoriti nak beralih angin beraya bersama sanak-saudara dikampung.
Entry ni agak panjang, diharap bersabar sehingga ke noktah terakhir..
Mood raya hanya tiba bila tengok hubby dan atok sedara sibuk nak bakar lemang.. Cuma kali ni bukan rezeki kami, round pertama cantik, kali kedua, tak berapa menjadi lemangnya ---> Aku syak hubby dan atok sedara dah keletihan membuatnya.. (Asalnya buat sekali je tapi disebabkan beras pulut dan buluh ada lebih tu yang buat untuk 2nd round)
Aku kekurangan gambar sebab photographer dok sibuk main ---> dak Adik..
Sesi membakar lemang dimulakan..
PAGI RAYA:
Kitorang beraya dulu kat rumah MIL.. dekat tak jauh pun ---> P.J je.. Lepas Zohor baru tuju ke Selatan..
RAYA KEDUA:
Dalam seronok beraya.. hubby boleh terlanggar tebing kat umah mak sedara masa undurkan kereta.. uwaaaa... patah sebelah kat part eksos dia, balik K.L baru repair balik..
yang tak seronok.. ---> susur ke Tangkak boleh sesak teruk.. kitorang siap boleh bersantai lagi kat atas jambatan tu.. Kesian pada mereka yang kereta dorang takde aircond tu, berpeluh-peluh dibuatnya..
dak Nuha bersantai sambil tengok pemandangan yang sesak itu.. yang sebenarnya dia dah gelisah kat dalam kereta, nasib baik jugak dak Kakak dengan dak Adik tak meragam..
Ada tak antara korang yang dok sama-sama tersekat kat susur ke Tangkak masa petang raya kedua tu..?
Apa-apapun raya kali ni memang meriah ---> sebagai membalas dendam tahun lepas aku tak balik kampung beraya gara-gara kesihatan tidak mengizinkan..
Akhir sekali.. Inilah keluarga belum cukup besar sebelah hubby ---> gambar di pagi raya di rumah MIL..
psstt: sila cari kat celah mana dak Nuha berada..
psstt lagi: Masih ada lagi entry yang aku rasa terlepas pandang.. tapi tunggulah agak-agak dah muak dengan entry raya, baru aku cerita..
last psstt: Tu pun banyak aku skip.. kalau aku cerita kat sini, mau korang tekan butang X tu gamaknya..
suasana meriah
ReplyDeletesesak sungguh tu siap boleh santai lagi tepi tu..huhu
ReplyDeletehappening je tengok gambar family tuh.. hehehe
ReplyDeletenampak2...yg paling kecik tomei2 tu le.... :)
ReplyDeleteakak lalu area ke Tangkak tu??
ReplyDeleteDah boleh pegi umah ai lah kak.. =)
One-way jek ke rumah Muo ai tu..nape tak singgah2? haha
wow akak...bestnye..meriah
ReplyDeletelama betul KA x wat lemang sendiri, skang ni semua pakat2 beli !
ReplyDeletewahh, meriahnya.. salam aidilfitri kak aizamia sekeluarga..
ReplyDeleteramainya....! nak lemang jugakkk
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteBoleh jem susur ke tangkak? cekang lah, smpai boleh bersantai. teruk bebeno tu.
Saya kalau nak ke uitm sgmt, ikut situ.
tahun senang hati x pk nak balik kg sebab dah menganggur... =)
ReplyDeletesalam merdeka raya :)