Thursday, October 1, 2026

EPISOD Kesepuluh — OKTOBER 2026


01 Oktober 2026 | Khamis [19 Rabiulakhir 1448H]

Tak sedar masa berjalan.
September datang dengan cerita yang pelbagai. Ada yang buat aku senyum, ada yang menguji sabar, ada yang buat aku berfikir panjang dan ada juga yang lebih baik aku simpan sebagai sebahagian daripada cerita hidup.


— Apa yang datang, kita hadap —

Ada benda, kita tulis.
Ada benda, kita simpan.
Ada benda, kita buat tak tahu je.

Semakin lama hidup ini mengajar aku satu benda — tak semua perkara perlu dilayan. Kadang-kadang menjaga ketenangan diri sendiri jauh lebih penting daripada cuba memahami perangai orang lain.


Selamat tinggal September 2026
Terima kasih untuk segala cerita, pengalaman dan pengajaran. Mana yang baik aku simpan, yang kurang baik aku jadikan panduan. Mana yang terlalu berat untuk dibawa ke hadapan, tinggalkan saja di belakang.


OKTOBER 2026 — episod baru.. cerita baru

Apa yang datang, kita hadap.
Apa yang pergi, kita lepaskan.
Apa yang masih ada, kita hargai.

Moga Oktober membawa lebih banyak ketenangan, kesihatan yang baik, rezeki yang cukup dan cerita-cerita kecil yang buat kita rasa hidup ini masih banyak benda untuk disyukuri.

Selamat datang Oktober 2026.
'Tak perlu tahu apa yang akan berlaku. Cukup tahu kita masih mampu menghadapinya'.

#RemajaPurba: The show must go on..

Monday, September 28, 2026

Cermin Mata Pertama

 
26 September 2026 | Sabtu [14 Rabiulakhir 1448H]

Pagi..
Hari ni aku cuti masak lagi — just like last week. Minggu lepas aku lembik gara-gara en. Hubby ajak aku ride malam minggu. Nak menangis rasanya sebab aku tak pernah naik motor sejauh itu. Sakit segala sendi badan aku. Ada masa nanti aku kongsi cerita pasal ride tu.

Hari ni aku request nak makan chicken chop sebab chicken chop dekat kedai makan malam tadi tak cukup kick. Jadi hari ni, kita buat sendiri. Sementara en. Hubby masak, aku hantar dak Jasmine grooming. Last minute punya plan dan kebetulan pula ada slot kosong, jadi aku ditemani dak Kakak terus hantar.

Masak chicken chop

Chicken chop home made by en. Hubby


Tengah hari..
Alhamdulillah.. kenyang makan. Hujan pula turun membasahi bumi. Lebat sungguh, siap dengan angin sekali. Mana-mana tempat yang dinaiki air, belum sempat surut dah terima hujan semula. Kami duduk dendiam berehat di rumah. Tak ke mana-mana. Layan cuaca dan layan rasa malas.

Petang..
Kedai cermin mata mesej aku — dah boleh datang ambil cermin mata. Semalam tuan kedai maklumkan yang mata aku penat sebab terlalu banyak menghadap komputer dan laptop setiap hari, jadi beliau cadangkan beli yang biasa je dah cukup.

Bingkai pula pilihan dak Nuha. Sebenarnya aku suka satu lagi frame, tapi tak apalah.. yang ini pun okay dah. Asalkan aku boleh buat kerja tanpa perlu berkerut dahi sepanjang masa, cukuplah.

Cermin mata pertama Mak Budak


Selesai urusan di kedai cermin mata, kami terus bergerak mengambil dak Jasmine. Nah.. wangi cantik berseri tapi penakut ya amat budaknya.

Sampai rumah kena gomollah ia.. sape suruh wangi sangat.

Malam..
Tiada aktiviti luar. Kami duduk saja di rumah sambil berehat dan aku pula sambung layan Stray Kids at Mexico.

Kadang-kadang cuti yang paling best bukan yang penuh dengan aktiviti tapi yang bagi peluang untuk kita berhenti sekejap, rehat dan buat benda yang kita suka.

#RemajaPurba: ..

Sunday, September 27, 2026

Birthday Members di Tempat Kerja


25 September 2026 | Jumaat [13 Rabiulakhir 1448H]

Pagi..
Sepatutnya hari ni aku menjalani pemeriksaan kesihatan di tempat kerja tapi aku tangguhkan dulu sebab nak celebrate birthday members di tempat kerja. Menu sarapan pagi pula dibuat secara potluck. Masing-masing bawa sesuatu, kemudian kami makan ramai-ramai. Alhamdulillah.. kenyang.

Sebahagian menu yang ada


Tengah hari..
Kita makan kek pula. Hari ni bukan lagi hari pemeriksaan kesihatan tapi lebih kepada pemeriksaan tahap kekenyangan.

Selamat Hari Lahir buat.. Shahrul, kak Anne dan Zaimah.


Petang..
Di tempat kerja hujan lebat tapi rupanya, hujan di tempat kerja tak selebat nak dibandingkan di rumahku. Balik kerja pula berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Dari pukul 5 petang sampailah selepas Maghrib, baru aku sampai di rumah. Makin lambat bila jalan utama menuju ke rumah aku telah dinaiki air. Mujur waktu aku lalu, air sudah sedikit surut. Alhamdulillah.. selamat sampai rumah. Dalam keadaan macam ni, sampai depan rumah dengan selamat pun dah cukup buat aku tarik nafas lega.


Malam..
En. Hubby bawa aku ke kedai cermin mata sebab aku perlukan cermin mata untuk buat kerja. Agak susah juga bila ada tulisan yang mula nampak kabur di depan mata. Selesai urusan cermin mata, kami singgah makan malam di kedai makan sebelum balik ke rumah.


— Hari ini penuh cerita —

Tak semua hari berjalan seperti yang dirancang.
Ada yang dimulakan dengan senyuman, diselitkan dengan penat dan sedikit ujian, lalu ditutup dengan rasa syukur — yang penting kita sampai juga ke penghujung hari dengan selamat.


#RemajaPurba: ..

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...