Friday, May 16, 2014

Program Team Re Charge! di Taman Negara Pahang (part 1)



Program:
Team Re Charge dibuat di Taman Negara Pahang pada 09 - 11 Mei 2014 yang lepas..

Perasaan sebelum:
eemm.. rasa berat hati nak pergi ---> nih perasaan biasa tiap kali kena berkursus di luar kawasan..

Perasaan semasa:
Aktiviti yang santai.. rileks.. dan tak memeningkan kepala..

Perasaan selepas:
Aktiviti Rapid Shooting paling ohsem.. minggu ni group kedua pergi.. rasa gatal je kaki ni nak ikut.. kihkihkih..


Sebahagian gambar terpilih..
Perjalanan menuju ke tempat penginapan di Kuala Tahan, Taman Negara Pahang..


Jerantut, Pahang..


Menuju ke Taman Negara Pahang..
Nampak macam dekat.. jauh lagi rupanya..
Tu belum jalan masuk ke dalam.. bila bas yang dinaiki berselisih dengan lori balak.. fuh..



Sampai sudah..
Kalau terus.. menuju ke Jeti untuk ke Taman Negara..
Tapi kita belok kanan menuju ke tempat penginapan..

Sebenarnya ni gambar pagi hari ketiga.. tu yang nampak berkabus..
Gambar ketika aku sampai ---> hari masih panas sebelum hujan lewat petang..



Di sinilah tempat penginapan sepanjang 3 hari 2 malam tersebut..


Pemegang kunci bilik beratur untuk dapatkan kunci bilik..
Ada yang 3 orang sebilik.. ada yang 4 orang sebilik..


Lewat petang.. hujan turun dengan lebatnya..
Masa untuk rehatkan diri sebelum aktiviti pertama dijalankan waktu malam..


BERSAMBUNG..






psstt: Tak tahu berapa siri baru habis kisah pasal program ni..





Selamat Menyambut Hari Guru 2014



Selamat Menyambut Hari Guru buat semua guru di seluruh negara..
Moga semua guru kuat dan tabah dalam menangani kerenah anak muridmu..
Buat semua guru yang pernah menjadi tenaga pengajarku dulu..
TERIMA KASIH CIKGU atas ilmu yang dicurahkan..


 
Juga..
Buat Angah..
Selamat Hari Lahir yang ke 17..
sweet 17..
Moga berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti..
psstt: CikLan cakap.. kalau tak lulus, standby tunggu S.T.P.M.. hehehe..




psstt: Hujan membasahi bumi di pagi Jumaat yang mulia ini..



Thursday, May 15, 2014

Bila catuan air dihentikan..



Kolam mandi ni dah lama hubby belikan.. cuma baru digunakan kelmarin..
Bukan apa.. aku malas nak pam kolam ni.. hubby pamkan pun sampai keluar peluh jantan.. hahaha..
Nasib baik kolam tu kecik, kalau besar.. mahu satu taman anak aku ajak main.. dan nasib baik aku pun tak muat.. kalau tak... kihkihkih..



dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha bersama anak atok sedara sedang bergumbira..


'peace'.





psstt: Masih mencari ruang untuk bercerita disebalik keghairahan di Taman Negara..




AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...