Saturday, June 7, 2014

Penerbangan Saudi Airlines dari Jeddah ke Kuala Lumpur









Penerbangan menaiki saudi Airlines SV 2798 dari Jeddah ke Kuala Lumpur dijangka tiba pada pukul 6.55 petang ini.
Moga selamat hendakNYA perjalanan pulang Abah, mak mertua, abang dan adik ipar hari ini..



psstt: my chef Hubby tak sabar nak jumpa maknya.. sabar ye bang.. tinggal beberapa jam je lagi sebelum kapal terbang mendarat..





Friday, June 6, 2014

Nasi Lemak Ibu Mertua



Setakat ni masih belum ada perkembangan positive buat paklong aku yang kini berada di ICU, Hospital Melaka..
Dak Nuha pulak semakin beransur baik demam.. cuma batuk dengan selesema belum baik sepenuhnya..
Malam waktu nak tidur masih  merengek.. tapi takpe.. babah dia ada..





Rindu dengan nasi lemak mak umi.. my MIL..





psstt: Sabar ye anak-anak.. menantu-menantu dan jugak cucu-cucu abah dan mak mertua.. lewat petang esok kita pergi KLIA ye..




Thursday, June 5, 2014

ICU Hospital Melaka



Petang kelmarin aku dapat mesej mengatakan paklong, bapa saudara aku kini tidak sedarkan diri di ICU, Hospital Melaka..
Memandangkan dak Nuha masih belum sihat dan meragam malam, ditambah kepenatan balik kerja, kami tak nak ambil risiko balik kampung malam semalam..
Sebaliknya pagi semalam baru kami balik terus ke menuju ke Hospital Melaka..



di Lobi Utama, Hospital Melaka..


Pemandangan dari aras tiga berhampiran tempat paklong aku ditempatkan..



Waktu melawat tengahari semalam..


Menurut maklong.. asalnya paklong tak sihat disebabkan asthma.. dimasukkan di Hospital Tampin sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka..
Paru-paru paklong tak mampu nak mengepam oksigen untuk dihantar ke otak sehingga memaksa menggunakan bantuan pernafasan sepenuhnya.. lebih kurang macam tu lah situasi paklong..

DAN.. Alhamdulillah.. tengahari semalam nampak perubahan positif pada diri paklong dan moga ianya berterusan sehingga paklong sembuh sepenuhnya.. insyaAllah..

Petang semalam jugak kami balik gerak balik ke P.J memandangkan hubby ada tugasan yang perlu disiapkan di tempat kerja malam tadi..



Malam tadi merengek je dia.. babah dia jugak yang dia cari..





psstt: Hari ni aku bercuti rehat menemankan dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha di rumah..




AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...