Friday, March 4, 2011

sedang buat BW

Tadi: lunch.
Sekarang: tengah layan SB sambil buat BW.

Tapi yang ni jariku ter tergatal menekan keyboard dan mouse nak masukkan ini dalam Blog, terima kasih ye ----> abg Ben... :)

Thursday, March 3, 2011

DI SEBALIK TABIR BLOG ..



Sila klik di SINI...


Sila letakkan gambar betul anda yang paling menawan ..Ehem..



Secara ringkas...
Nama sebenar empunya blog ini ialah ----> MMI..
Kini dah meniti usia sebagai remaja purba dan mak dara (anak dara baru 7 tahun dan anak lelaki berusia 4 tahun). Ada adik sorang je. Bukan surirumah sepenuh masa. Warna kesukaan ialah merah, kuning dan hijau. Warna biru pula bukan warna pilihan..

Salam perkenalan kepada yang sudi menjenguk blog ini.

****************************************************

Jumlah Follower sekarang ini: 32 orang (terima kasih kepada anda semua)



Ini pulak soalan dari abg Ben:

Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
Cuba untuk wujudkan juga blog sebab macam tak best kalau tak tengok blog, feeling dia tak sama kalau layan mukabuku.


Ceritakan kepentingan blog kepada anda
Apa saja berkisar pasal kehidupan akan saya cuba masukkan dalam blog ini untuk kepuasan diri dan tatapan untuk anak-anak nanti. Sekurang-kurangnya ada kenangan tentang dorang dari kecil sampai besar.


Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?
Ada beberapa blog, antaranya:

Mazidul Akmal Sidik ----> Pelbagai isu cuba diketengahkan dan ada antaranya meminta bantuan blogger untuk turut sama membantu menyelesaikan masalah.

Ondscene ----> wartawan yang memaparkan kisah2 tragik.

MY CLICKS BLOG ----> nak tahu perkembangan setiap entry dorang.

The Ramblings Of Not-So-Gegula ----> wartawan dari Selatan tanahair.

BLOG ----> ni aku dah khatam, dari awal sampai habis aku baca setiap entry dia.

Ben Ashari ----> ini bukan pilihan terakhir tapi sebab baru follow jadi banyak pulak menda yang aku ketinggalan tentang dia ni.


Apa yang ada dalam blog aku semua aku suka baca, lain orang lain cara penulisan dorang, walaupun dorang tak follow aku tapi aku tetap suka baca semua blog-blog tersebut (maksud aku, bukan setakat yang dinyatakan di atas tapi kesemuanyalah).

Wednesday, March 2, 2011

Sakit mata

Balik kerja semalam, pengasuh bagitau anak2 aku sakit mata - merah mata dorang tapi belum sampai tahap teruk lagi. on the way balik rumah singgah Klinik An-Nisa. Kakak Irah dapat mc 3 hari. Wah... Bukan main seronok lagi tapi lepas aku bagitau minggu depan ada periksa... terus senyap dan 'ibu... Kakak nak sekolahlah...'

Pagi tadi, nak sampai rumah pengasuh, kakak Irah 'ibu... kakak nak sekolahlah ibu...' Ni gara-gara taknak pergi rumah pengasuhler ni... 'kakak, kalau kakak pergi sekolah pun nanti cikgu suruh kakak balik sebab kakak sakit mata nanti berjangkit kat kawan2 kakak...'. Akhirnya dia senyap.

Petang, aku tengok keliling mata adik dah merah melecet sebab dia gosok dengan tuala. Habis merah, kesian pulak aku tengok. Aku harap cepatlah budak-budak ni sembuh.

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...