Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 dan logo Malaysia MADANI pula dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.
- Sambutan Hari Kebangsaan 2026 — 31 Ogos 2026 di Dataran Putrajaya
- Sambutan Hari Malaysia 2026 — 16 September 2026 di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak (Amalan penggiliran lokasi setiap tahun sama ada di Sabah, Sarawak dan Semenanjung).
RASIONAL TEMA HKHM 2026
- Gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh, istilah 'MADANI' yang berakar daripada konsep tamadun (civilisation) merangkumi nilai-nilai keadilan, kebajikan dan kemanusiaan.
- Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan sahaja dikecapi oleh golongan tertentu tetapi oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian.
RASIONAL LOGO HKHM 2026
- Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik 'tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikrar Rukun Negara'.
Jabatan Penerangan Negara [JAPEN]
Kapsul JAPENTV | Tema & Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026
dari [SINI]
LOGO HKHM 2026
'MALAYSIA MADANI Kesejahteraan Dinikmati'
Berikut adalah pecahan elemen pada logo Malaysia MADANI yang digunakan:
JALUR
Melambangkan lima jari dengan jalur merah dan putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang mendasari ideologi Malaysia.
BULAN SABIT
Melambangkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.BINTANG
Berbucu 14 melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
- BULATAN
Dalam lingkungan warna biru melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
WARNA KUNING
Pada anak bulan dan bintang itu adalah tanda negara ini dnaungi oleh Raja Berperlembagaan.
WARNA MERAH
Adalah tanda semangat jati diri rakyat Malaysia yang mendukung semangat wira yang membara.WARNA BIRU
Mendasari apresiasi jalinan budaya perpaduan nasional masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
- WARNA PUTIH
Tanda keikhlasan dan keamanan sebuah negara bangsa yang merdeka.
Sambutan Hari Kebangsaan 2026
31 Ogos 2026 bermula 0700 pagi di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tanggal 31 Ogos 2026 sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia. Pelbagai acara dan aktiviti akan turut mewarnai sepanjang sambutan Hari Kebangsaan berlangsung. Tak sabar sudah pasti, kuasa viral sentiasa dinanti buat mereka yang tak dapat hadir sekali.

No comments:
Post a Comment