30 Ogos 2025 - Sabtu (6 Rabiulawal 1447H)
- Sambutan Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2025 akan diadakan di Dataran Putrajaya.
- Sambutan Hari Malaysia – 16 September 2025 akan berlangsung di Pulau Pinang [Amalan penggiliran lokasi setiap tahun sama ada di Sabah, Sarawak dan Semenanjung].
LOGO dan TEMA Hari Kebangsaan dari Tahun 1970 hingga 2024 di [SINI]
'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM2025) manakala logo Malaysia MADANI kekal sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.
TEMA HKHM 2025
Konsep 'Malaysia MADANI' melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat. Penekanan pada tema 'Rakyat Disantuni' menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian semua.
LOGO HKHM 2025
Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM 2025 kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik 'tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikrar Rukun Negara'.
di [SINI]
Bulan Hadapan – SEPTEMBER 2023
Ada juga tarikh-tarikh penting.. sabar ye September. Masa kau akan tiba jua.
No comments:
Post a Comment