23 Ogos 2026 | Ahad [10 Rabiulawal 1448H]
Satu Baru Bermula..
Dak Kakak telah selesai memulakan langkah pertama di kelas memandu kereta di sini. Minggu depan, fokus pula kepada kelas kedua iaitu ujian berkomputer.
Memang agak lewat buat dak Kakak belajar memandu ketika kawan-kawan yang lain sudah pun mempunyai lesen. Tak apalah, Kakak. Lambat bukan bermakna tak boleh – yang penting, masih diberi peluang untuk belajar, jadi jangan lepaskan peluang yang ada. Semoga semuanya dipermudahkanNYA sampai dapat lesen nanti.
Satu Lagi Tergendala..
Hampir seharian tiada bekalan internet di rumah kerana mengalami gangguan. Cuma kali ini, keadaannya bukanlah seperti kejadian yang berlaku di [SINI].
Hujung minggu yang sepatutnya santai akhirnya jadi kurang menyeronokkan buat aku dan anak-anak tapi aku tetap bersyukur kerana gangguan ini berlaku ketika hujung minggu dan bukannya pada hari bekerja. Kalau berlaku pada hari aku bekerja dari rumah, memang naya. Internet tak ada, kerja pun tak boleh buat.
Begitulah kisah hujung minggu kali ini. Tak semua hujung minggu berjalan seperti yang dirancang. Kadang-kadang ada perkara kecil yang mengganggu tapi tetap ada juga perkara yang boleh disyukuri.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment