Followers Remaja Purba

Tuesday, December 31, 2024

BERAKHIRNYA TAHUN 2024


31 Disember 2024 - Selasa (29 Jamadilakhir 1446H)

Catatan terakhir sebelum melangkah masuk ke Tahun 2025. Sebanyak 165 buah entry telah aku kongsikan selama setahun aku di sini. Masih ada lagi tersimpan dalam draf, yang ini biarlah dulu. Andai ada kerajinan dalam diri, nanti aku kongsikan.




Permulaan Tahun 2025..
Tiga tarikh penting menanti MakBudak pada Januari 2025 ini:
  • 01 Januari 2025 - Rabu (01 Rejab 1446H) - update di [SINI]..
  • 13 Januari 2025 - Isnin (13 Rejab 1446H)
  • 28 Januari 2025 - Selasa (28 Rejab 1446H)


- Happy New Year -


Aku tahu dah nak masuk tahun 2025. Banyak pulak tips senaman turunkan berat badan lalu-lalang depan aku ni.. 🥴 Aku tahulah #PerasanSlim aku dah jauh tinggalkan aku. Sumpah weh.. Aku terasa..  🤣

AZAM TAHUN BARU..?
Aku..?
Tahun je bertukar nombor tapi aku masih orang yang sama.

#RemajaPurba: ...

Monday, December 30, 2024

TEMUJANJI DI KLINIK PAKAR MATA

 
30 Disember 2024 - Isnin (28 Jamadilakhir 1446H)

Pagi tadi..
Hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan untuk menemani dak Kakak menghadiri temujanji di hospital. 

Alhamdulillah..
Mengulang kata-kata sebelum ini, segalanya smooth je. Layanan mesra dari kaunter pendaftaran, jururawat dan doktor bertugas semuanya bagus. Mudah dan lancar urusan berkaitan. Moga sikap baik dan mesra yang dtonjolkan terus dikekalkan agar nama baik Hospital Kuala Lipis, Pahang kekal terbaik di mata semua pihak. Ini aku tak puji tau.

Sambungan kisah dari [SINI]..

Petang..
Hujan lebat mengiringi perjalanan balik. Kali ni aku berjaya drive tanpa di'awasi' oleh en. Hubby. Mungkin sebab aku bagitahu pada dak Nuha.. 'Kali ni ibu pandu dok lorong paling kiri, kalau depan ada lori, ibu ikut je..'. Tapi sebenarnya en. Hubby betul-betul letih sampai tidur berdengkur.. hahaha..

La ni..
Terasa sunyi bila tak cukup ahli ni..

#RemajaPurba: Esok kerja..

Wednesday, December 25, 2024

GIVEAWAY BY EJULZ 2024


25 Disember 2024 - Rabu (23 Jamadilakhir 1446H)

Dengan lafaz  بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  MakBudak a.k.a RemajaPurba join segmen ini untuk turut sama memeriahkan suasana. MakBudak nampak entry blog ini sewaktu singgah di blog Sharhanah di [SINI]. MakBudak cuba mendominasi untuk menang kerana selepas tarikh tutup Giveaway ini adalah hari istimewa MakBudak. Mana tahu menang, bergandalah happynya nanti.


Syaratnya mudah dan boleh lihat  di [SINI]


Tarikh tutup segmen ini adalah pada 31 Disember 2024. Hari terakhir sebelum perginya Tahun 2024. Buat mereka yang berminat, hadiah turut disediakan.

Sebelum mengakhiri bicara, MakBudak mendoakan moga urusan empunya Giveaway ini dipermudahkanNYA dan moga semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

#RemajaPurba: ...

Tuesday, December 24, 2024

PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN HARI KRISMAS 2024


23 Disember 2024 - Isnin (21 Jamadilakhir 1446H)

Pengecualian tol ini akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

Pengecualian tol bermula pada jam 12:01 tengah malan 23 Disember 2024 (Isnin) dan berakhir pada jam 11:58 malam, 24 Disember 2024 (Selasa).


YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi
Menteri Kerja Raya
'Semoga selamat sampai ke destinasi bersama orang tersayang'


Alhamdulillah..
Jimat belanja penggunaan tol untuk dua hari.


#RemajaPurba: Terima kasih buat Menteri Kerja Raya..

Friday, December 20, 2024

Semakan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSRA)

 
19 November 2024 - Khamis (17 Jamadilakhir 1446H)

Semakan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSRA) boleh dibuat dengan melayari laman web:
  • https://result.jais.gov.my [SINI]
  • https://result1.jais.gov.my [SINI]
  • https://result2.jais.gov.my [SINI]
Masukkan butiran Kad Pengenalan dan klik semak untuk melihat keputusan anak.

Keputusan dak Nuha tidaklah cemerlang tapi tidak juga mengecewakan.
Alhamdulillah.. syukur..

Walau tidak cemerlang tapi dak Nuha telah berusaha memberi yang terbaik. Tak apalah.. masih jauh lagi perjalananmu untuk mengejar ilmu dan cita-cita.

Pihak sekolah turut meraikan anak-anak di Majlis Pengumuman dan Penyerahan Slip Keputusan PSRA Tahun 2024 SRA di sini tetapi dak Nuha tidak dapat hadirkan diri atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan.

========================================

Buat semua guru² yang mengajar anak kami, yang sabar dengan kerenah mereka, kami ucapkan terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan. Halalkan ilmu yang diajar kepada anak-anak kami. Moga rutin harian semua guru² di sekolah SRA di sini dipermudahkanNYA.

#RemajaPurba: PSRA di [SINI]..

Thursday, December 19, 2024

SELAMAT HARI LAHIR ADIK MakBudak


19 Disember 2024 - Khamis (17 Jamadilakhir 1446H)


Pahit getir hidup dan pengorbanan..
Terpaksa dihadapi demi kejayaan..
Terdidik sejak mula tabah berusaha..
🎵🎵🎵
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
Satu-satunya.. the only one - My Little Sister

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻

SELAMAT Hari Lahir Adik
Happy Birthday 19122024

Susah senang tak siapa yang tahu..
Sejauh mana dirimu berkorban..
Sejauh mana dirimu bertahan..
Teruslah bertahan dan bertahan..

Semoga doa & hajat dimakbulkan Allah..
‎آمــــــــــــــــــين يَا رَبَّ العَالَمِين


#RemajaPurba: ...

Wednesday, December 18, 2024

BANGUN SEBAB TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL


18 Disember 2024 - Rabu (16 Jamadilakhir 1446H)

Tidur sebab penat..
Bangun sebab tanggungjawab yang dipikul..


Lama dulu..
Setiap kali balik kerja di tempat lama, pasti malam baru sampai di rumah. Memang penat tapi alah biasa tegal biasa - perkara yang susah menjadi senang bila selalu dibuat.

Sekarang..
Jika ada yang minta balik lambat.. 'Maaf, tak boleh sebab tak sanggup nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk, nanti sampai rumah lambat'. Penat + kudrat semakin berkurangan seiring faktor penuaan normal 😆 membuatkan aku tidak mahu lagi balik lambat. Ditambah pula kedudukan rumah di pinggir kota.

Akan datang..
Mengira tahun.. jauh lagi nak bersara. Selagi ada kudrat bekerjalah sebaiknya. Sekiranya tak larat, masih ramai yang menunggu peluang untuk mengisi kekosongan jawatan.


Menu minggu lepas
Kari Ayam by chef Hubby


Alhamdulillah..
Aku tak salah hari.. hari ni hari Rabu bukan seperti semalam di [SINI] yang aku sangkakan hari Sabtu.

#RemajaPurba: Ikhlaskan.. itulah perjalanan hidup..

Tuesday, December 17, 2024

KISAH SERAM


17 Disember 2024 - Selasa (15 Jamadilakhir 1446H)

Kisah Seram pagi tadi.. 

Berulang kali alarm aku berbunyi tapi pantas aku matikannya. Tengok en. Hubby dah bangun, oklah. Kira takdelah dia lambat nak pergi kerja nanti. Sementara tu, bolehlah aku bangun lewat sedikit dari biasa, maklumlah hari ni kan hari Sabtu.

TAPI..
'Bangunlah, tak kerja ke hari ni..?'
'Apa abang ni, hari ni kan hari Sabtu..' Boleh pulak aku marah sebab ganggu masa tidurku.
'Hari Sabtu apanya, hari ni hari Selasalah, tak kerja ke?'
'Hah..! Abangggggg.. kenapa tak kejutkan sayang..'
'Eh!Abang dah kejut tapi sayang tu yang tak bangun'.


Allahuakbar..
Melompat terus aku dari tempat tidur. Habislah aku kali ni, terlajak bangun, kelam-kabut jadinya. Dahlah hari ni aku tumpang myBoss pergi kerja. Dalam kepala dok fikir, habislah lambat sampai, dengan nak hadap jalan raya yang sesak lagi, pukul berapalah sampai kat tempat kerja ni nanti.


En. Hubby..
Selepas siap dengan tenang berlalu pergi ke tempat kerja.

Aku..?
Terima kasih en. Hubby buatkan kami sarapan dan dah tentu kena minta maaf sebab salah isteri bukan suami kan.. 😅


Sengaja nak bagi blog MakBudak bersemut.. 😆


Alhamdulillah..
Perjalanan ke tempat kerja smooth je, lancar dan syukur dipermudahkanNYA.


Buat dak Adik..
Moga dapat menjawab dengan tenang Ujian Lisan (oral) Bahasa Inggeris - SPM 2024.

#RemajaPurba: ..

Friday, December 13, 2024

PAKAT-PAKAT MAKAN RASUAH KEMUDIAN PERGI HAJI?


'Kehidupan kita ini pun dah cukup dengan ujian, tak perlu dah nak menambah stress dengan membuat perkara yang boleh mengaibkan diri dan keluarga'.
+++++++++++++++++++++++++


'Pakat-pakat makan rasuah kemudian pergi haji'

Jika kita betul-betul nak banteras rasuah, mulakan dari yang atas. Bila yang di atas dikenakan tindakan yang bawah akan takut tapi kalau yang atas dibiarkan malah menggalakkan lagi rasuah, mereka yang bawah akan bermaharajalela. Amat mendukacitakan, ada dikalangan orang Islam sudah menganggap rasuah itu dah jadi macam budaya 'tak salah pun rasuah, kita boleh ambil, semua orang rasuah'.

Inilah salah satu sebab kenapa sampai sekarang masih lagi ada isu rasuah. Jika dulu saya dekat narkotik, saya mendefinasikan DADAH sebagai musuh nombor satu negara. Dari 1983 sehingga 2024, selama 21 tahun masih lagi tidak berjaya dan sekarang RASUAH pula menjadi musuh nombor satu negara.

Sama ada awam atau swasta, ada dikalangan ketua-ketua mereka yang terlibat dalam menyuburkan amalan rasuah. Ada juga yang memimpin melantik individu/pegawai yang sealiran. Kalau kita makan rasuah dengan harapan apabila kita pencen nanti, pegawai ini akan terus menyalurkan sumbangan rasuah tersebut.

Jadi yang dilantik itu semua sealiranlah, kalau bos makan rasuah, yang dilantik pun makan rasuah juga. Pakat-pakat makan rasuah juga kalau boleh sampai sebelum matilah nak makan rasuah. Kalau kita nak pastikan rasuah ini dibanteras, pastikan pemimpin yang dilantik dan melantik adalah orang yang betul. Kalau pemimpin tak betul, dia akan lantik orang yang tak betul untuk memastikan kesinambungan rasuah itu berterusan sampai pencen. Ada penjawat awam yang dah pencen buat rumah berharga beratus juta, sedangkan hanya makan gaji. Dia dapat duit daripada mana?

Memang banyak juga dikalangan kita, khususnya di kalangan orang Melayu Islam beranggapan rasuah ini ok. Mereka beranggapan rasuah cukup tahun pergi haji, pergi umrah. Habis balik haji, bersih seputih kain putih dengan anggapan tindakan dia makan rasuah tak apa.

Kalau makan rasuah, khususnya dalam konteks agensi penguatkuasa, pergilah minta maaf dekat satu-satu rakyat Malaysia. Kalau buat dosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah. Ini dosa rasuah, dosa dengan manusia bukan dengan Allah. Dengan Allah pun ada juga tetap berdosa. Ingatlah.. Rasuah ini, dalam apa keadaan sekalipun hukumnya adalah haram.

Petikan ucapan YDH Datuk Seri Haji Ayob Khan bin Mydin Pitchay
Timbalan Ketua Polis Negara berkenaan rasuah di Hari Integriti Prasarana pada 29 Julai 2024

sumber di SINI..
'Masukkan dalam kepala semua, betapa teruk jijiknya rasuah ini!'


Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah utama:
  • MEMINTA/MENERIMA SUAPAN [Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009]
  • MENAWAR/MEMBERI SUAPAN [Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
  • TUNTUTAN PALSU [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
  • SALAH GUNA KEDUDUKAN OLEH PEGAWAI AWAM [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]

Hukuman yang dikenakan:
PENJARA tidak lebih 20 tahun.
DENDA 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

- sumber gambar dari laman web SPRM -

=================================================

Aku kongsikan semula berkenaan 'Pengurusan Masa.. Berintegritikah kita?' yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas bin Ismail di SINI..


#RemajaPurba: Amalkan Integriti dalam melaksanakan tanggungjawab anda..
Tersohor manusia kerana integriti..
Tercela manusia kerana rasuah..

Thursday, December 12, 2024

KLINIK PAKAR MATA di HOSPITAL KUALA LIPIS, PAHANG


Semoga doa dan hajat dimakbulkan Allah
‎آمــــــــــــــــــين يَا رَبَّ العَالَمِين


11 Disember 2024 - Rabu (09 Jamadilakhir 1446H)
Hari Keputeraan Sultan Selangor

Memulakan perjalanan merentasi tiga buah negeri untuk membawa dak Kakak mendapatkan rawatan di hospital di sana. Doktor di klinik kesihatan semalamnya telah membuat surat rujukan ke klinik pakar mata buat dak Kakak mendapatkan rawatan.

Santai bersama en. Hubby

Hentian Sebelah Lentang
Singgah tapau Nasi Ayam di sini

Dekat kedai ni, ayam akan dimasak bila kita order, jadi kita akan dapat set ayam baru masak (portion ayam besar) + sup dan sambalnya sedap. Tak teringat nak ambil gambar sebab waktu ni en. Hubby yang turun beli.

- Sumber gambar dari en. Google -
Hentian Sebelah Lentang yang ini arah Kuala Lumpur tapi kami dari laluan bertentangan.
Ada laluan masuk dan lalu di bawah lebuhraya untuk ke tempat makan di hentian tersebut.
Tempat ni port geng lori singgah lepak dan berehat..


Selepas mengambil dak Kakak, kami terus gerak menuju ke hospital kerana waktu temujanji pukul dua petang. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkanNYA.. tidak terlalu cepat atau lambat kami sampai. Sempatlah rehat sekejap melepaskan penat walau bukan aku yang drive.

Landskap yang menarik di tengah bulatan


Memandangkan ini kali pertama aku berurusan dengan hospital di situ, maka kenalah rajin bertanyakan arah, orang tua-tua kata 'malu bertanya sesat jalan'. Alhamdulillah.. segalanya smooth je.. Layanan mesra dari jururawat yang menunjuk arah, urusan di kaunter, berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat di Farmasi Pesakit Luar semuanya bagus. Moga sikap baik dan mesra yang ditonjolkan terus dikekalkan agar nama baik hospital kekal terbaik di mata semua pihak. Ini aku tak puji tau.



Dak Kakak bukan sakit mata tapi ada ketumbit di bahagian kelopak mata sebelah kiri. Doktor buat minor operation untuk mengeluarkan nanah yang ada. Urusan kami di hospital tak lama, mungkin sebab kami sampai awal dan belum ramai orang (sebenarnya tak ramai pun) dan kena balik cepat sebab malamnya en. Hubby outstation. Next appointment.. lagi dua minggu akan berjumpa doktor semula. Aku harap jika aku ke situ lagi, layanan tetap sama - baik dan mesra. 


Selesai hantar dak Kakak balik..
Nun di sana, nampak bangunan tinggi di sebalik kabus di Genting Highlands..


Kali ni aku yang drive, en. Hubby letih + mengantuk tapi aku pulak yang stress bila en. Hubby yang dok menekan brek sambil mengeluh. En. Hubby hanya yakin dan boleh tidur bila aku dah masuk lebuh raya yang jalannya tidak lagi bengkang-bengkok. Masa ni baru aku rasa lega, dia tidur aku boleh pandu laju tapi.. 'Laju sangat nak pergi mana..' Eh!Dalam dengkuran halus dia tu sempat lagi menegur aku.. seperti kisah di SINI.. 🤣🤣

Alhamdulillah,, selamat sampai rumah lepas maghrib. Dapatlah en. Hubby rehat sekejap sebelum outstation ke arah pantai timur. Penat berganda.. tapi apa-apapun moga urusan en. Hubby dipermudahkanNYA dan selamat perjalanan pergi dan balik.


12 Disember 2024 - Khamis (10 Jamadilakhir 1446H)

Rasa penat tapi hidup perlu diteruskan.

#RemajaPurba: ..

Friday, December 6, 2024

BUATMU DISEMBER


06 Disember 2024 - Jumaat (04 Jamadilakhir 1446H)

Buatmu Disember..
Moga bulan terakhir bagi tahun 2024 ini, akan memberi lebih banyak rezeki, lebih bahagia dan moga terus kekal sihat dan selamat di bawah lindunganNYA.


Tak lupa buatmu November..
Terima kasih untuk semua cerita yang kita kongsikan bersama.
Moga kita dapat bertemu kembali pada 2025.

#RemajaPurba: Jangan lupa bersyukur..

Tuesday, December 3, 2024

SPM 2024 - UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU


03 Disember 2024 - Selasa (01 Jamadilakhir 1446H)

Hari ini.. dak Adik menjalani Ujian Bertutur Bahasa Melayu di SMK di sini.
Dia rileks, ibu dia yang debar habis.
Moga dak Adik dapat menjawab dengan tenang dan moga dipermudahkanNYA.


- sumber gambar dari en. Google -


#RemajaPurba: Good luck to you Adik..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...