21 Oktober 2024 - Isnin (18 Rabiulakhir 1446H)
Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan ujian yang dijalankan di SRA, SRAI dan KAFAI di seluruh Selangor. Ianya satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam dan ianya dijalankan ke atas semua murid Tahun 6. Ujian ini berbeza sama sekali dengan UPKK.
Bermula 21 Oktober 2024 hingga 25 Oktober 2024, PSRA akan dijalankan dan dak Nuha adalah salah seorang calonnya.
Jadual Peperiksaan PSRA bagi Tahun 2024:
- 21 Oktober 2024 (Isnin) - Akhlak dan Sirah
- 22 Oktober 2024 (Selasa) - Lughatul Al-Arabiah
- 23 Oktober 2024 (Rabu) - Tauhid dan Feqah
- 24 Oktober 2024 (Khamis) - Tajwid
- 25 Oktober 2024 (Jumaat) - Jawi, Imlak dan Khat
Pemarkahan Gred PSRA:
- Mumtaz (Cemerlang: 90 - 100)
- Jayyid Jiddan (Sangat Baik: 75 - 89)
- Jayyid (Baik: 60 - 74)
- Maqbul (Lulus: 40 - 59)
- Musaadah (Perlu Bimbingan: 0 - 39)
Pelajar yang mendapat Mumtaz (Cemerlang) di dalam PSRA, berpeluang menyambung pelajaran:
- Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
- Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor
Aku pernah kongsikan dalam Program Permuafakatan Ibu/Bapa/Penjaga bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 di SINI..
===================================================
SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)
Bermula dari 21 Oktober 2024 hingga 30 November 2024 adalah tempoh pegawai awam memilih option untuk menerima atau tidak SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.
Perkongsian mengenai Pencen Kekal bagi mereka yang memilih SSPA di SINI.. Bagi mereka yang tidak memilih option SSPA, tidak akan menerima pelarasan gaji dan pencen akan mengikut gaji ketika dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Kalkulator Gaji SSPA di SINI..
Selain dari pelarasan gaji yang akan diterima pada Disember 2024, kerajaan juga akan memberikan bantuan khas untuk persekolahan dan persiapan hari raya pada Tahun 2025 nanti.
'Di sini dapat kita lihat bahawa keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam sangat tinggi dan saya minta supaya penjawat awam membalas dengan sesuatu yang lebih baik dalam memberikan perkhidmatam kepada rakyat' - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
#RemajaPurba: Moga dak Nuha dapat menjawab soalan dengan baik.. Aamiin..
Semoga nuha dapat jawab dengan tenang... Tanya anak bujang nie, semua tak tau.. Entah lah... Hahaha
ReplyDeleteDah sign SSPA semalam. InsyaAllah semoga yang baik2 je untuk penjawat awam.
ReplyDeleteAt this moment along dgn angah tak sekolah sebab dicutikan bagi memberi laluan kepada PSRA.. Seminggu dah duduk rumah..
ReplyDelete