17 Disember 2024 - Selasa (15 Jamadilakhir 1446H)
Kisah Seram pagi tadi..
Berulang kali alarm aku berbunyi tapi pantas aku matikannya. Tengok en. Hubby dah bangun, oklah. Kira takdelah dia lambat nak pergi kerja nanti. Sementara tu, bolehlah aku bangun lewat sedikit dari biasa, maklumlah hari ni kan hari Sabtu.
TAPI..
'Bangunlah, tak kerja ke hari ni..?'
'Apa abang ni, hari ni kan hari Sabtu..' Boleh pulak aku marah sebab ganggu masa tidurku.
'Hari Sabtu apanya, hari ni hari Selasalah, tak kerja ke?'
'Hah..! Abangggggg.. kenapa tak kejutkan sayang..'
'Eh!Abang dah kejut tapi sayang tu yang tak bangun'.
Allahuakbar..
Melompat terus aku dari tempat tidur. Habislah aku kali ni, terlajak bangun, kelam-kabut jadinya. Dahlah hari ni aku tumpang myBoss pergi kerja. Dalam kepala dok fikir, habislah lambat sampai, dengan nak hadap jalan raya yang sesak lagi, pukul berapalah sampai kat tempat kerja ni nanti.
En. Hubby..
Selepas siap dengan tenang berlalu pergi ke tempat kerja.
Aku..?
Terima kasih en. Hubby buatkan kami sarapan dan dah tentu kena minta maaf sebab salah isteri bukan suami kan.. 😅
Sengaja nak bagi blog MakBudak bersemut.. 😆
Alhamdulillah..
Perjalanan ke tempat kerja smooth je, lancar dan syukur dipermudahkanNYA.
Buat dak Adik..
Moga dapat menjawab dengan tenang Ujian Lisan (oral) Bahasa Inggeris - SPM 2024.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment