'Kehidupan kita ini pun dah cukup dengan ujian, tak perlu dah nak menambah stress dengan membuat perkara yang boleh mengaibkan diri dan keluarga'.
+++++++++++++++++++++++++
'Pakat-pakat makan rasuah kemudian pergi haji'
Jika kita betul-betul nak banteras rasuah, mulakan dari yang atas. Bila yang di atas dikenakan tindakan yang bawah akan takut tapi kalau yang atas dibiarkan malah menggalakkan lagi rasuah, mereka yang bawah akan bermaharajalela. Amat mendukacitakan, ada dikalangan orang Islam sudah menganggap rasuah itu dah jadi macam budaya 'tak salah pun rasuah, kita boleh ambil, semua orang rasuah'.
Inilah salah satu sebab kenapa sampai sekarang masih lagi ada isu rasuah. Jika dulu saya dekat narkotik, saya mendefinasikan DADAH sebagai musuh nombor satu negara. Dari 1983 sehingga 2024, selama 21 tahun masih lagi tidak berjaya dan sekarang RASUAH pula menjadi musuh nombor satu negara.
Sama ada awam atau swasta, ada dikalangan ketua-ketua mereka yang terlibat dalam menyuburkan amalan rasuah. Ada juga yang memimpin melantik individu/pegawai yang sealiran. Kalau kita makan rasuah dengan harapan apabila kita pencen nanti, pegawai ini akan terus menyalurkan sumbangan rasuah tersebut.
Jadi yang dilantik itu semua sealiranlah, kalau bos makan rasuah, yang dilantik pun makan rasuah juga. Pakat-pakat makan rasuah juga kalau boleh sampai sebelum matilah nak makan rasuah. Kalau kita nak pastikan rasuah ini dibanteras, pastikan pemimpin yang dilantik dan melantik adalah orang yang betul. Kalau pemimpin tak betul, dia akan lantik orang yang tak betul untuk memastikan kesinambungan rasuah itu berterusan sampai pencen. Ada penjawat awam yang dah pencen buat rumah berharga beratus juta, sedangkan hanya makan gaji. Dia dapat duit daripada mana?
Memang banyak juga dikalangan kita, khususnya di kalangan orang Melayu Islam beranggapan rasuah ini ok. Mereka beranggapan rasuah cukup tahun pergi haji, pergi umrah. Habis balik haji, bersih seputih kain putih dengan anggapan tindakan dia makan rasuah tak apa.
Kalau makan rasuah, khususnya dalam konteks agensi penguatkuasa, pergilah minta maaf dekat satu-satu rakyat Malaysia. Kalau buat dosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah. Ini dosa rasuah, dosa dengan manusia bukan dengan Allah. Dengan Allah pun ada juga tetap berdosa. Ingatlah.. Rasuah ini, dalam apa keadaan sekalipun hukumnya adalah haram.
Petikan ucapan YDH Datuk Seri Haji Ayob Khan bin Mydin Pitchay
Timbalan Ketua Polis Negara berkenaan rasuah di Hari Integriti Prasarana pada 29 Julai 2024
sumber di SINI..
'Masukkan dalam kepala semua, betapa teruk jijiknya rasuah ini!'
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah utama:
- MEMINTA/MENERIMA SUAPAN [Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009]
- MENAWAR/MEMBERI SUAPAN [Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
- TUNTUTAN PALSU [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
- SALAH GUNA KEDUDUKAN OLEH PEGAWAI AWAM [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
PENJARA tidak lebih 20 tahun.
DENDA 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
- sumber gambar dari laman web SPRM -
=================================================
Aku kongsikan semula berkenaan 'Pengurusan Masa.. Berintegritikah kita?' yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas bin Ismail di SINI..
#RemajaPurba: Amalkan Integriti dalam melaksanakan tanggungjawab anda..
Tersohor manusia kerana integriti..
Tercela manusia kerana rasuah..
Allahuakbar... Semoga kita terhindar dalam golongan yang makan rasuah.. Aamin
ReplyDelete