Semoga doa dan hajat dimakbulkan Allah
آمــــــــــــــــــين يَا رَبَّ العَالَمِين
11 Disember 2024 - Rabu (09 Jamadilakhir 1446H)
Hari Keputeraan Sultan Selangor
Memulakan perjalanan merentasi tiga buah negeri untuk membawa dak Kakak mendapatkan rawatan di hospital di sana. Doktor di klinik kesihatan semalamnya telah membuat surat rujukan ke klinik pakar mata buat dak Kakak mendapatkan rawatan.
Santai bersama en. Hubby
Hentian Sebelah Lentang
Singgah tapau Nasi Ayam di sini
Dekat kedai ni, ayam akan dimasak bila kita order, jadi kita akan dapat set ayam baru masak (portion ayam besar) + sup dan sambalnya sedap. Tak teringat nak ambil gambar sebab waktu ni en. Hubby yang turun beli.
- Sumber gambar dari en. Google -
Hentian Sebelah Lentang yang ini arah Kuala Lumpur tapi kami dari laluan bertentangan.
Ada laluan masuk dan lalu di bawah lebuhraya untuk ke tempat makan di hentian tersebut.
Tempat ni port geng lori singgah lepak dan berehat..
Selepas mengambil dak Kakak, kami terus gerak menuju ke hospital kerana waktu temujanji pukul dua petang. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkanNYA.. tidak terlalu cepat atau lambat kami sampai. Sempatlah rehat sekejap melepaskan penat walau bukan aku yang drive.
Landskap yang menarik di tengah bulatan
Memandangkan ini kali pertama aku berurusan dengan hospital di situ, maka kenalah rajin bertanyakan arah, orang tua-tua kata 'malu bertanya sesat jalan'. Alhamdulillah.. segalanya smooth je.. Layanan mesra dari jururawat yang menunjuk arah, urusan di kaunter, berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat di Farmasi Pesakit Luar semuanya bagus. Moga sikap baik dan mesra yang ditonjolkan terus dikekalkan agar nama baik hospital kekal terbaik di mata semua pihak. Ini aku tak puji tau.
Dak Kakak bukan sakit mata tapi ada ketumbit di bahagian kelopak mata sebelah kiri. Doktor buat minor operation untuk mengeluarkan nanah yang ada. Urusan kami di hospital tak lama, mungkin sebab kami sampai awal dan belum ramai orang (sebenarnya tak ramai pun) dan kena balik cepat sebab malamnya en. Hubby outstation. Next appointment.. lagi dua minggu akan berjumpa doktor semula. Aku harap jika aku ke situ lagi, layanan tetap sama - baik dan mesra.
Selesai hantar dak Kakak balik..
Nun di sana, nampak bangunan tinggi di sebalik kabus di Genting Highlands..
Kali ni aku yang drive, en. Hubby letih + mengantuk tapi aku pulak yang stress bila en. Hubby yang dok menekan brek sambil mengeluh. En. Hubby hanya yakin dan boleh tidur bila aku dah masuk lebuh raya yang jalannya tidak lagi bengkang-bengkok. Masa ni baru aku rasa lega, dia tidur aku boleh pandu laju tapi.. 'Laju sangat nak pergi mana..' Eh!Dalam dengkuran halus dia tu sempat lagi menegur aku.. seperti kisah di SINI.. 🤣🤣
Alhamdulillah,, selamat sampai rumah lepas maghrib. Dapatlah en. Hubby rehat sekejap sebelum outstation ke arah pantai timur. Penat berganda.. tapi apa-apapun moga urusan en. Hubby dipermudahkanNYA dan selamat perjalanan pergi dan balik.
12 Disember 2024 - Khamis (10 Jamadilakhir 1446H)
Rasa penat tapi hidup perlu diteruskan.
#RemajaPurba: ..
semoga dak kakak diberikan kesembuhan ..aamin..
ReplyDeletelinda pula jarang bawak kereta kalau ada incikSuami, dia lagi sanggup merehatkan diri di RnR, untuk hilangkan mengantuk nya