Followers Remaja Purba

Thursday, May 11, 2023

KEBENARAN KHAS KEPADA MURID, GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA MEMAKAI PAKAIAN SUKAN SEMASA CUACA PANAS


2 Mei 2023 - Selasa

KEBENARAN KHAS KEPADA MURID, GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA MEMAKAI PAKAIAN SUKAN SEMASA CUACA PANAS.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara. Fenomena ini merupakan keragaman iklim (climax viability) yang berlaku secara tetap (irregular). Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba (heatwave) yang memudaratkan kesihatan seperti hipertemia atau strok haba dan hidrasi.




Mengambil kira keadaan semasa cuaca panas dan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan, KPM bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian/baju sukan yang sopan semasa cuaca panas. Kebenaran khas ini tidak membebankan murid dan ibu bapa kerana murid mempunyai pakaian/baju sukan masing-masing.

Pengetua dan guru besar perlu memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.



Terima kasih kepada KPM di atas keprihatinan tersebut. Walau kebenaran ini telah dilaksanakan di sekolah tapi dak Nuha masih bertanya..

'Ibu, esok pakai baju apa ye'.
'Cikgu bagi kebenaran pakai baju sukan'.

Kemudian..
'Ibu tak boleh ke pakai baju sekolah?'.
'Boleh je kalau Nuha nak pakai baju sekolah'.
'Nanti cikgu marah'.
'Cikgu tak marahlah. Pakai baju sukan tu sebab Guru Besar sekolah bagi kebenaran tapi kalau nak pakai baju sekolah pun boleh, cikgu tak marah. Kenapa Nuha tanya macam tu?'.
'Yelah.. takut cikgu marah sebab Nuha nak pakai baju sekolah, Panas pakai baju sukan'.

Baju sukan sekolah dak Nuha jenis microfiber jersey berlengan panjang. Baju sekolah pula jenis kain cotton. Bila ditanya ada dua sebab rupanya. Panas nak pakai baju sukan, lagi selesa pakai baju sekolah tapi tetap dipakainya baju sukan. Alahai anak..

Aku..?
Ikutkan je, asalkan dia nak pergi ke sekolah.

#RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...