Followers Remaja Purba

Monday, October 3, 2022

Bukan ke luar negara tapi hanya ke luar negeri


#RemajaPurba dah bersedia nak ke luar negeri.. 
Anda bila lagi..?


30 September 2022 (Jumaat)
Pagi:
Terima panggilan dari cikgu sekolah dak Nuha meminta penjaga mengambilnya di sekolah. Terkejut aku bila cikgunya kata demam panas sebab sebelum ke sekolah pagi tu, dak Nuha takde pulak merengek dekat aku kata tak sihat.

Tengahari:
Separuh hari je aku berada di tempat kerja. Dalam kepala dah mula serabut, dak Nuha tak sihat, nak uruskan dak Kakak lagi. Ragam anak bila tak sihat, ajak ke klinik pun tak nak.

Sebenarnya hari ni hari ketiga aku tak cukup rehat, badan rasa melayang tapi aku gagahkan diri membantu dak Kakak mengemas semua keperluannya. Malamnya, dapatlah aku rehat sekejap sebelum memulakan perjalanan awal pagi bukan ke luar negara tapi hanya ke luar negeri.


01 Oktober 2022 (Sabtu)
Alhamdulillah..
Sebelum pukul tujuh pagi, kami selamat tiba di universiti di negeri ini. Sempatlah kami bersarapan sebelum sesi pendaftaran masuk ke kolej kediaman pelajar. Dak Nuha pulak nampak agak ok sikit berbanding semalamnya. Dak Adik seperti biasa - muka takde perasaan. Babah deme pulak menahan diri dari buat aksi ala Juon mencari bantal nak berehat. Letih double triple tak cukup rehat + tidur.

Takkan berjaya sampai di sini andai salah seorang tidak merelakannya..

Selesai urusan berkaitan, kami ke bandar berdekatan untuk membeli sedikit lagi keperluan buat dak Kakak dan sebelah petangnya kami terus ke tempat penginapan. Kisah mengenai homestay ni nanti aku kongsikan pada entry akan datang.

02 Oktober 2022 (Ahad)
Pagi:
Lepas sarapan, kami hantar dak Kakak kembali ke kolej kediaman sebelum kami memulakan perjalanan pulang.

Alah kakak.. babah tahan nangis tu sebab tu takmo keluar dari kereta..

En. Hubby:
'Lepaskanlah anak tu, kalau tak nak lepaskan anak tu, angkat tempat dia belajar tu letak belakang rumah..'

Aku..?
Hati seorang ibu..

Lagi enam bulan, confirm penyu tu akan mempunyai berekor² anak.


03 Oktober 2022 (Isnin)
Bila pertama kali berada di tempat yang tak biasa aku jelajahi, mudah sangat pinggang aku 'sakit'. Rasa semua urat + otot aku mengeras, susah nak bergerak. Nak baring + duduk pun sangat tak selesa. Maka, hari ni berehat je di rumah.

Esok..?
Rutin harian kembali seperti biasa cuma kali ni sunyi sikit = dak Kakak takde.

#RemajaPurba: Demi masa depan..

2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...