Followers Remaja Purba

Tuesday, August 31, 2021

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan - Malaysia 2021

 
31 Ogos 2021 - Selasa

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 64 tahun - Malaysia 2021.
Moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA dan moga rutin harian kita dipermudahkanNYA.. Aamiin..


Pagi:
Masing-masing takmo bangun sarapan pagi maka, kita brunch (breakfast + lunch) terus.

Tengahari:
Menemani dak Kakak mengambil nota dari guru kelasnya di pondok pengawal di depan sekolah. Merasalah berjalan jauh sikit dari rumah sambil melihat pemandangan kiri dan kanan. Balik rumah baru brunch bersama.

Menu brunch hari ini..
Nasi kukus
Asam pedas ikan duri
Baby buncis goreng
Air sirap

Petang:
En. Hubby pergi kerja pun aku tak sedar, orang tua-tua kata 'tidur mati'.

Malam:
Dokumen kerja depan mata tapi jemari dok leka di sini. Mencari mood untuk update dokumen yang ada.

#RemajaPurba: Bosan..

4 comments:

Syazni Rahim said...

Selamat menyambut kemerdekaan negara Malaysia ke 64! :)

Warisan Petani said...

Salam kemerdekaan yang ke-64

babYpose said...

Salam Kemerdekaan. Nasi dengan asam pedas, sedap tu.

Azhafizah MN said...

Selamat menyambut Hari Merdeka ke-64. Banyak juga aktiviti cuti hari merdeka. Sesekali dapat lelap memang tak sedar dibuatnya :)

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...