Followers Remaja Purba

Friday, April 26, 2019

Buang air di tepian Highway 🤔


Kisah petang tadi:
Ternampak sorang mamat ni dengan yakin dan selamba buang air di tepi longkang di tepian highway. Dah tak tahan sangatlah tu. Aku yang menahan ngantuk terus segar mata dibuatnya.. kahkahkah.. 😆

Kisah kedua pulak:
Di kaunter pembayaran di sebuah kedai, ku dengar suara budak menangis kuat tapi aku buat dunno je. Waktu aku nak bayar, masih lagi si anak menangis. Rupa-rupanya dia tak nak letak barang di kaunter untuk discan kodbar barang tu. Ibunya cuba memujuk si anak sambil mendukung seorang lagi anak.

Dengan niat nak tolong, spontan ku dukung si kecil bagi adik kaunter tu buat kerja. Lepas turunkan dia balik, lagi kuat dia menangis sambil berlari jauh dari aku, marah sungguh dia dekat aku.. kahkahkah.. 😆

Waktu itu aku cuma nak tolong.. itu aje dan tenang tanpa berpaling, langkah kuteruskan selepas bantuan ku hulurkan.

StatusHati: 🤣😅🤣😅

4 comments:

Sis Lin said...

Hahahaha adoiii...yang no1 tu ada nampak ke hahahaha sampai segor mata tu hahahahaha adeiii

AzianKhalil said...

anak anak Mama Yan selalu buat hal cam tu...tak kasi kaunter nak scan. nak pegang je...

Sunah Sakura said...

kita baca sambil tunggu kesimpulan, mamat tu dengan si kecil adalah orang yang sama, tapi rupanya sangkaan kita meleset..hahahahha

Warisan Petani said...

Kisah pertama : belum pernah buat lagi
Kisah kedua : pernah terjadi masa bawak cucu ke pasar raya.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...