Followers Remaja Purba

Tuesday, October 16, 2018

Minta aku temankan..


Lokasi kejadian di dalam hospital.

Seorang kakak ni cuba bertanyakan tempat mengambil ubat di mana pada si A ni. Si A pun bagilah penerangan macam mana nak ke sana tapi kakak ni mengomel kata tak tahu. Dia datang pula ke arah aku cuba meminta bantuan.

Pada mulanya aku ok lagi. Dengan baik hati aku tunjuk arah sampai ke lift. Dia ajak aku temankan sampai keluar dari lift. Ok lagi masa ni.

Keluar dari lift aku pun tunjuk ke arah mana yang dia perlu pergi. Dia masih kata tak tahu, tak faham. Minta aku temankan.. Ah!Sudah..!

Dalam hati.. 'Kak.. aku ni tengah tunggu no. Giliran untuk dipanggil. Takut terlepas no. nanti.'

Sudahnya..
'Akak terus ikut jalan ni sampai nampak signboard Menara Selatan tu, lepas tu belok kiri, akak terus sampai depan kaunter polis bantuan tu akak tanya pada dorang tempat akak nak pergi tu.'

Dia masih mengomel kata tak faham.. mintak aku tunjukkan tempat tu. Maaf kak.. urusan saya belum selesai lagi. Setakat ini je saya boleh tunjukkan. Selebihnya akak kena usaha sendiri. Maaf sangat-sangat.


StatusHati: Check up at Neuromedical Clinic..



3 comments:

PeRdU cINta said...

Minta tolong jururawat tunjukkan pun boleh insyaAllah.

Cik Puan Rrai said...

Bukan nak buruk sangka, tapi org mcm ni kena hati2. Takut ada niat tak baik pulak.. Sbb macam tak munasabah je dah explain byk kali x paham.. hahaha

Normi Nieza said...

malu bertanya sesat jalan ckp kat dia..:)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...