Followers Remaja Purba

Friday, July 20, 2018

Kalau ada masalah Lutut atau Pinggang..



Tarikh 15 Julai 2018 (Ahad)

Gara-gara kisah awal di SINI membuatkan ada yang teringin nak turut serta lagi. Ditambah pulak janji kepada anak-anak yang ingin mandi sungai. Maka.. berkampunglah kami di Dusun pada Ahad lepas. Memang happening dengan kerenah semua..


Kita selfie dulu..


Aktiviti PERTAMA:

Perasaan tak sabar untuk melihat buah-buahan di Dusun menyebabkan masing-masing terus meninggalkan anak-anak sendirian.. Alahai Nuha anak Ibu.. maafkanlah ibu ye. Lupa pulak diri ni ada anak kecil.. hahaha.. Tapi terima kasih kepada akak ipar yang membantu menjaga anak-anak sementara yang lain makin teruja nak mencari si raja buah..


Si buah Manggis dan si buah Langsat belum masak habis lagi..


Jangan tengok yang atas pokok tapi tengok sape yang tunggu kat bawah pokok.. wakakaka..


Peluang yang ada jangan dilepaskan. Bukan selalu dapat melasak macam ni tapi tetap dalam perhatian lasaknya.


Masa ni berdebuk durian gugur. Syukur tak kena pada sesiapa..
Tapi.. lucu tengok gaya memasing mengelak.. hahaha..


Nun di bawah sana ada kolam ikan..


Dusun durian yang menaik hingga ke hujung sempadan..


Kalau ada masalah lutut, meh buat fisioterapi naik bukit sambil cari si buah Durian takpun si buah Langsat atau Manggis. Boleh hilang sakit lutut beb.. Kalau sakit pinggang pulak cuba buat fisioterapi panjat pokok sambil makan atas pokok.. 🤗

Kalau sakit tak hilang malah bertambah teruk jangan salahkan aku.. sape suruh carik penyakit.. 😎 hahaha..
#DusunHuluLangat


Turun senanglah.. cuba naik tengok mengah ke tak.. hahaha..


Si Buah Manggis yang masih malu-malu nak 'masak'..


Pokok Rambai..
Buahnya sedang membesar dengan baik, cepatlah dikau masak.. teringin dah ni..


Kolam ikan..
Rugi tak bawa baju spare, kalau tak.. boleh berendam dalam tu..


Dah penat kan..
Meh.. berehat bersama si Raja Buah..
Durian kampung beb.. kecil buahnya tapi isi dalam mantap..


Sempat lagi tu..


Ini bukan buah mangga tapi jambu batu..
Melayan pertanyaan anak-anak..


Belum masak lagi si nangka madu..


Ok.. cukup kan..
Jom kita ke Dusun Paklang pulak dekat sebelah..


Aktiviti KEDUA:

Tenaga dalaman perlu di recharge agar dapat kembali beraksi. Meh kita makan dulu. Bawak bekal tau.. nasi lemak yang Abah Mertua masakkan.. Abah cakap.. 'Abah tau korang nak ke sana, nih Abah masak lebih boleh makan dekat sana nanti.' Fuh.. melting beb.. Berbulu ChefHubby mendengarnya.. hahaha..


Terima kasih abang dan kawan abang tolong masak..
Kami reti makan je.. hehehe..



Ini hasil tangkapan anak dara dan teruna dalam kolam ikan di Dusun paklang..
Ayah aku boleh cakap.. 'Ini je.. mana cukup. Pergilah tangkap lagi..'
huhuhu.. masalahnya bapak budak tak bawak seluar spare ayah..


Sebelum balik..
Aku rasa dak Emi ni paling teruja antara semua..
Memang banyaklah dia makan buah masa dekat Dusun tu..
Aku tengokkan je setakat mana dia larat.. kihkihkih..



Aktiviti KETIGA:

Mandi sungai.. part yang ini nanti aku sambung dalam entry lain..

UPDATE: di SINI..


StatusHati: Rasa gedik nak ke Dusun lagi.. alahai hati, sabarlah dikau..



5 comments:

norhidana said...

aduhai bestnya kak dpt masuk dusun... mcm2 buah ada....

siap bt bakar2 ikan lg... mmg mantops
terbaik betul ayah mertua akak lak... teror msk jgk mcm chefhubby akak...

dana sebelum ni tgk chefhubby akak tu, ingat dia garang, muka kan serius dh jumpa... alahai cakapnya lembut aja, peramah lak tu...

BTS said...

favourite,,manggis!!

aizamia3 said...

Norhidana Miswan:
Gelak abg akak baca komen ni..


BTS:
Same as me.. sedap sungguh si Manggis tu tapi lagi sedap kalau dapat makan atas pokoknya.. hehehe..

Farhana Jafri said...

wahhh bestnya aktiviti dekat dusun ni! Jeles sangat tengok :D

Aerill Hassan said...

bestnya ada dusun.. mcm2 buah ada :)

Aerill Hassan

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...