Followers Remaja Purba

Friday, July 13, 2018

Dusun buah-buahan di Hulu Langat



Tarikh 08/07/2018
Program diteruskan dengan aktiviti lasak selepas rumah terbuka di rumah #MIL. Ke dusun buah-buahan kali ni. Ayah menghubungi sedari awal mengajak aku makan ikan bakar di kebun. Ikan segar dari kolam.. dapnya.. Awalnya tidak pula aku ketahui ramai yang turut serta di kalangan adik sepupu sebelah family ayah aku.


Menaiki 4x4 menuju ke dusun..
Satu pengalaman baru buat anak-anak dan anak buah yang turut serta..




Perasaan nak berada jauh dari kesibukan kota memang amat didambakan dan bila ada peluang di depan mata, buat apa dilepaskan. Seronok + teruja dah tentu.. hahaha..


Penampakan buah yang banyak berjuntaian menuju ke dusun..
Ni baru tepi jalan, belum dalam dusun lagi.. hehehe..


Paklong dan Paklang empunya dusun..


Alhamdulillah..
Paling penting, anak-anak tak meragam dengan suasana sebegini, cuma kali ni anak-anak frust tak dapat mandi air di anak sungai kerana paklong sibuk dengan urusan di luar. Hanya sempat singgah sekejap bertemu kami semua.


Ikan segar dari kolam Paklang..


Durian dari dusun Paklong..


Dak Adik yang sangat menggemari durian.
Boleh geng dengan Babah dik oii...



Buah banyak tapi belum masak..
Tunggu seminggu dua lagi baru boleh pulun - kalau tak malulah.. hahaha..


'Buah durian'.. 
Jangan kata anak buah seorang ni, dulu anak sendiri pun panggil buah ni buah durian..


Dak Kakak dengan sepupunya yang over merengek nak mandi sungai..


Istana Hinggap..


'Tiga Dara Pingitan'


Bekal bawa balik rumah dari ayah selain ikan segar dari kolam..


Dalam perjalanan balik.. ada sesi penggambaran..
Nampak macam menarik tapi pandang tengok gitu jelah..


Bila berjaya berjauhan dan berada di dusun bapa saudara yang jauh dari rutin harian, rasa seronok sekejap TAPI aku tak tenang dek gara-gara tiada line #Maxis di sini . Betul-betul jauh dari dunia luar aku rasa. Hahaha.. nak sangat jauh dari kesibukan kota kan.. haa.. amik..


StatusHati: Tak sabar nak tunggu Ahad ni..


8 comments:

  1. ahad ni nak pegi dusun lagi lettew :D

    ReplyDelete
  2. bestnya kak.... istana hinggap tu mmg utk jaga dusun lah, mmg paklong ngn paklang akak tak ddk situ ye?
    nampak bsr betul umah tu... tak gaya mcm pondok jaga dusun heheheh

    ReplyDelete
  3. MMG SERONOK BERKELAH MKN2 DI DUSUN

    ReplyDelete
  4. seronoknya...salam kenal dan singgah...blog saya http://cararesepi.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. orang luar dijemput tak, hihi

    ReplyDelete
  6. aida nampak manggis muda....
    syok nyer.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...