Followers Remaja Purba

Friday, July 6, 2018

Lemang Tradisional vs Lemang Moden #ChefHubby


Antara masak cara Tradisional atau Moden aku lebih menggemari cara tradisional. Lebih sedap dan lazat serta baunya lebih wangi. Tiba-tiba terasa rindu dengan kenangan tinggal di kampung di mana aku dibesarkan dalam suasana kampung yang jauh dari kesibukan kota. Hanya bunyi bising haiwan peliharaan dan bunyi unggas menemani.. Ok.. dah.. stop.. sambung cerita..


Kisah di kampung..

Miang buluh lemang kalau nak dihilangkan, gosok dekat kepala..
Tapi kalau satu badan miang - mandilah.. hahaha..


Proses membuat lemang secara tradisional di kampung dimulakan. Bestnya.. aku pulak yang cemburu. Nak turut serta tak boleh memandangkan turn beraya di kampung ChefHubby. Eh!Bukan setiap tahun pagi raya di rumah keluarga beliau di bandar sebelum pulang ke kampung Mak Budak ke..? cia.. cia.. cia.. hahaha..


Tatacara bagaimana nak masukkan daun pisang ke dalam batang buluh..


Diikuti dengan beras pulut dan santan..


Diakhiri dengan sesi pembakaran terbuka..


Proses memasak lemang tak susah mana kalau pandai menjaganya. Mak Budak pandailah cakap sebab bukan dia yang kena jaga, dia tahu makan je.. kahkahkah.. Apa yang pasti kena jaga dengan sebaiknya, kalau tak, rentunglah ia.. takpun terbalik jadinya macam dalam gambar.. hahaha..


TETAPI..

Aidilfitri kali ni..
Kita buat stail baru - kita masak cara moden. Tak payah nak hadap dekat unggun api lama-lama, berasap panas bagai tu. Kali ni kita boleh duduk bersantai depan rumah tanpa jiran sedar kita sedang masak lemang.

Menu pilihan: Lemang + Rendang Ayam..
Mangsa Keadaan: ChefHubby..
Lokasi Kejadian: Depan Rumah..
Hari Kejadian: Hari Mantai..


Penggunaan dapur gas menjadi asas memasak lemang kali ni..


Lemang yang dimasak oleh #ChefHubby..


Sebenarnya lama dah kami menggunakan cara ini memasak lemang, dah tak guna dah stail masak lemang cara tradisional tu. Kalau duduk kat kampung, memang guna cara tradisionallah kan tapi duduk area bandar ni, takde cara lainlah.. itu je caranya. Jiran pun belum tentu perasan yang kami tengah masak lemang. Ok, part ni tipu.. ada je jiran mai lepak borak chit chat sementara tunggu lemang siap masak.


Aku cadang nak repeat lagi dalam masa terdekat ni lah..


Rezeki jiran yang pulang lewat berhari raya di kampung sebelum Syawal, dapatlah merasa sebatang dua dari kami. Cuma Syawal kali ni abang/awek Bomba tak berpeluang merasa lemang dan rendang seperti Aidilfitri tahun lepas seperti di SINI. Tahun ni kami pulang beraya ikut jalan lama, sengaja nak merasa suasana kampung walhal nak elak highway yang sesak teruk ketika itu. Biasalah musim perayaan dan satu lagi lemang yang dibakar tak banyak mana.


StatusHati: Berdebar-debar rasa hati..


8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

asal nama lemang sedap je

Kakcik Nur said...

Lemang periuk kera ada tak nanti? :)

paridah said...

WAH GITU CARANYA LEMANG MODEN YA NMPK LBH MUDAH

aizamia 3 said...

Nurzakiah Hanum:
Memang sedap tapi yang Tradisional pasti lagi sedap.


Kakcik Nur:
Pulut periuk kera untuk esok InsyaAllah ada..


Paridah:
Betul kak Paridah, tak ganggu mengganggu kawasan sekitar pun, buat dalam kawasan rumah sendiri je.

ShirVen said...

Suka lemang masak cara traditional, lbh sedap sb beza kat api tu. Follow done dear 😁 salam singgah

norhidana miswan said...

zmn moden dh kn...cara msk lemang pun moden dh...
tp kadang kak suasana tu yg bt nostalgia, msk lemang cara lama time kt kampung ramai2 ada... syokla... ramai2 blh tunggu... kawasan lak luas

Dunia Zumal said...

Tahun ni merasa juga lemang dari klang... Alhamdulillah

ejulz said...

WAHHHH.. mesti sedap ni :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...