Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432.
Hari ni aku cuti. Jadi, aku ada banyak masa untuk menghabiskan sebuah lagi novel yang aku pinjam minggu lepas.
HARGA SEBUAH CINTA (keluaran ALAF 21)
Sinopsis:
Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis airmata?
Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.
Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.
Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.
Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami?
Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?
Akhirnya, aku berjaya menghabiskan kedua-dua novel ini. Cerita yang menarik. Aku bagi bintang 4/5.
No comments:
Post a Comment