Followers Remaja Purba

Sunday, November 4, 2012

Taklimat Pra Sekolah dak Adik


  • Dari depan rumah hubby pindahkan ke belakang rumah masa Hari Raya kedua Aidiladha minggu lepas.. Moga tumbesaran pokok-pokok cili tersebut tak terbantutlah hendakNYA.. Setakat ni aku tak perlu nak siram time balik kerja sebab dah memang hujan.. Syukur.. terima kasih Ya! Allah..

 Aku tengok cili tu tak gebu.. slim je.. 

  • Aku pulak suka tanam pokok kunyit.. macam best je tengok daunnya yang banyak.. pastu aku tak tahu nak buat apa.. ulat pun suka..
 Sebelum ni rimbun, tapi sebab tak dijaga rapi, inilah jadinya..
 
 yang ni baru tanam, gebu-gebu macam tuannya.. 

  •  Pokok limau kasturi hubby dah jadi hidup segan mati tak mahu aku tengok..
 Memula beli gebu je tapi sebab dia terselit antara pokok-pokok cili tu, maka hilang serinya, kuat betul rajuk pokok ni.. 

  • Pokok bunga kertas tu pulak, bila dok kerap cantas, merajuk takmo keluar bunga.. tapi aku syak aku silap letak baja ---> baja buah.. patutnya baja untuk keluarkan bunga..
 Ni baru nak keluar dua kuntum.. moga bertambah lagi dan lagilah hendakNYA..
 
 Sebelum ni memang banyak bunga.. tapi terikut perangai si pokok limau kasturi tu dia pun ikut merajuk..

  • Hubby cakap nanti belilah macam-macam pokok.. kat belakang rumah tu kan luas..--> tu nada perli tu.. sebab kalau boleh semua aku nak tanam padahal tanah sekangkang gajah je pun..


psstt: dak Adik yang bosan ketika sesi Taklimat Pra Sekolah pagi semalam.. dia asyik tanya 'Mana cikgu Ayu ibu..?' 'cikgu Ayu tak datang ke..?'



psstt: Nuha.. masa untuk mandi..






5 comments:

  1. Berbakti kepada tanah mmg Byk manfaatnya

    ReplyDelete
  2. gebunya tuan puteri tu...cam nak cubit2 ja...

    umah akak ni...pokok yg ditanam hidup segan mati tak mau...yg tak ditanam bkn main galak lagi membiak..

    ReplyDelete
  3. rajin nye bercucuk tanam.. bende2 macam ni memang serah kat mak abah je.. anak2 dorang memang malas sikit =__=

    ReplyDelete
  4. wahhhhh..meriahnya..boleh jual kalu banyak ne...kalu bagi free lagi best lah kan..he..he

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...