Followers Remaja Purba

Tuesday, August 23, 2011

Minggu depan raya..?

Balik kerja semalam..
Betul-betul menguji kesabaran aku yang dah memang nipis ni.. ‘Cik Kak.. kalau rasa nak pandu slow sila gunakan lane paling kiri ye.. Jangan guna lane laju ataupun lane tengah.. Ni bukan jalan kampung..’


Bazaar Ramadhan Jalan Islandar..
Aku teringin nak makan tepung pelita tapi kat tempat biasa yang aku beli tu dah habis.. Masa menda tu tengah banyak, sikit pun aku tak pandang walaupun aku kerap beli untuk hidangan berbuka.. oh!Lupa.. ni minggu terakhir puasa dah tentu makcik tu buat tak banyak..



HARI INI..
Dalam pada orang sibuk nak beraya aku kena tunggu hujung minggu ni kalau nak bersuka ria gara-gara dak Kakak ada exam dalam sepanjang minggu ni. Biar lepaskan dia dulu baru boleh fikir pasal raya..

Mood raya..?
Belum lagi muncul..

Kenapa..?
Ada beberapa perkara yang belum siap, selagi tak nampak kat depan mata selagi itulah nak diam je..

TAPI.. warna cat aku dah pilih, tak esok, lusa dapat, hujung minggu ni boleh mulakan operasi pembersihan dan pewarnaan pada ruang tamu rumah.. aaa… aku pun tak tahu nama warna cat apa yang aku pilih sebab dah jadi rambang mata bila tengok contoh yang ada..




psstt: Pagi tadi aku dah bagi signal nak masuk simpang, kereta depan aku tu boleh parking betul-betul kat tepi simpang tu.. Aku ingat dia nak masuk simpang tu.. Aku punya sabarnya tunggu kat belakang dia.. ‘Kak.. kalau nak parking.. jangan parking kat situ.. takkan tak tahu kat situ laluan keluar masuk kenderaan..’

59 comments:

  1. tak suka nyer dgn org yg penting kan diri ni....hurmm...

    ReplyDelete
  2. Ini baru betl-betul ujian ramadhan ye... nak uji kesabaran di pagi hari lagi.

    Malam ini kerja mengecat rumah nampak gaya. Lepas tu kakak pasti mood rasa terus melonjaklah...:)

    ReplyDelete
  3. Ramai orang yang lebih memikirkan kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan yang terjadi kepada orang lain!

    ReplyDelete
  4. pejam celik puasa dh nk ke penghujung dan raya nk menjelang...hiss byk lum prepare lgi nie

    ReplyDelete
  5. mood raya wani pon lum sampai lg...tp mood nk pindah tu yg lebih2 ada...hihiii

    ReplyDelete
  6. banyak betul dugaan ni kan.. kena banyak sabar..

    ReplyDelete
  7. kemain marah~~sabar ye kak~he~~

    ReplyDelete
  8. ramai yang pentingkan diri ..
    x suka2

    ReplyDelete
  9. Wah..nak cat baru ye..mesti meriah suasana raya kali ni ye..Selamat hari raya..

    ReplyDelete
  10. Kakak yg park kete kat simpang tu betul2 menguji kesabaran. Sy yg baca nie pun hangin je rs!

    ReplyDelete
  11. mood raya tu kena seru sikit..tahun ni shopping sakan tapi modd raya agak kureng juga...

    ReplyDelete
  12. singgah kembali...selamat berkenalan..biasala dah nk raya ni macam2 yg kena hadap

    ReplyDelete
  13. Mrs.Eady:
    betul2 geram dibuatnya..

    ReplyDelete
  14. Kakzakie:
    fuh.. tarik nafas hembus nafas pagi tadi..

    cat raya.. hujung minggu ni baru proses bermula..

    ReplyDelete
  15. kakcik:
    tak kisah lagi kalau dia pandu slow lane paling kiri tapi alahai.. rasa nak nangis je.. dahler penat.. huhuhu...

    ReplyDelete
  16. abghani:
    betul tu.. masih cuba nak melengah-lengahkannya..

    ReplyDelete
  17. Aku Ibu Muda:
    seronok bila dah dapat duduk rumah sendiri.. ;)

    ReplyDelete
  18. Farah Shamsudin:
    betul tu Farah..

    ReplyDelete
  19. bujal X:
    pagi tadi dan petang semalam memang geram sangat tapi la ni cool dah.. ;)

    ReplyDelete
  20. Anum:
    masing2 nak cepat balik nak elak jem tapi tu bukan nak cepat tapi melambatkan orang lain..

    ReplyDelete
  21. ariana:
    pagi raya tahun ni lagi meriah berbanding tahun lepas.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  22. Mommy Fara:
    dia mungkin terlajak masa cuba nak parking tapi plzzzz bagilah signal.. adakah sekadar hiasan lampu signalnya itu..?

    ReplyDelete
  23. MARIA LIZA:
    setakat ni mood raya belum tercalar lagi.. masih suci bersih..

    ReplyDelete
  24. Fitri Senin:
    moga tidak tercalar mood raya yang masih suci ini..

    ReplyDelete
  25. kasi horn panjang sikit kat kete dpan tu..hehe

    salam kenal jgk dari prince halilintar =)

    ReplyDelete
  26. agaknya dia terdesak kot..takpe, nanti kita marah dia ramai2 ya :-)

    ReplyDelete
  27. mood raye anis masih samar samar lg..weeee..selamat hari raya kak..:)

    ReplyDelete
  28. Prince Halilintar:
    ikutkan hati nak buat tapi tak sampai hati walaupun rasa sakit hati..

    ReplyDelete
  29. sahromnasrudin:
    dia tunggu orang agaknya tapi body kereta dia betul2 nak masuk simpang tu..

    ReplyDelete
  30. anismelon:
    ye.. selamat hari raya my dear.. ;)

    ReplyDelete
  31. sabar jela kak kerenah org bwk kete mmg macam2.menguji kesabaran betul kan..

    ReplyDelete
  32. wahhh lalink dasaaaaat ni siap bercat umah huhu..jadi raya tahun ni..

    slmt ari raya eh lalinkku..
    maaf zahir batin..syg kamoo!

    ReplyDelete
  33. Jya:
    itulah.. moga balik petang nanti okler..

    ReplyDelete
  34. oreocheesecakes:
    selamat hari raya.. ;)

    ReplyDelete
  35. PinKy MoMMa:
    en. suami yang nak cat, tang color ai yang pilih.. settle keje hehehe..

    selamat hari raya juga buatmu my dear.. ;)

    ReplyDelete
  36. Selamat Hari Raya :)

    -dugaan time posa mmg banyak...kalau tengah drive rasa nak menyumpah aja..ekekeke..

    -susah wooo nak dapat kuih tepung pelita yg sedap..

    ReplyDelete
  37. daddy Ziyyad:
    betul tu.. hilang sabar dibuatnya..

    tang kuih pelita tu, makcik yang jual tu memang sedap dan laris..

    ReplyDelete
  38. mencik sangat orang yang suka parking sesuka hati. paling benci lagi orang yang parking depan pagar sampai susah nak keluar.

    ReplyDelete
  39. Cik Ina Do do Cheng:
    huhuhu.. takkan nak hon pulak pepagi tu.. dahler kat kawasan perumahan..

    ReplyDelete
  40. Qaseh dalia adelia:
    hehehe.. ruang tamu tu dah ada pelbagai bentuk dari hasil tangan dak adik..

    ReplyDelete
  41. wah siap nak car ruang tamu lagi. ni betul2 mood raya dah ni. lampu lip lap jangan lupa ! :D saya takde mood raya lagi/ baju raya pun tak beli. xtau kenapa xde mood pun nk raya. hehe. tp tahun ni saya rasa macam kejap sgt berpuasa.. :)

    ReplyDelete
  42. Namee Roslan:
    lampu lip lap pun dah pasang.. ;)

    lah.. nape lak takde mood..?

    ReplyDelete
  43. aku pun takde mood lagi... rasanya dah bertahun aku takde mood nak beraya... huhu...

    ReplyDelete
  44. Norhisham Nordin:
    tak tau nak kata.. mood raya belum benar2 muncul..

    ReplyDelete
  45. aiza,

    jagn jadi macam "kakak" tau...hihik
    penghujung ramadan yang benar menguja dan teruji...jadi hati2 lah dijalan raya...

    ReplyDelete
  46. memang menguji kesabaran org macam tu..huhu

    ReplyDelete
  47. time perut lapar ni mmg keabaran tu nipis sgt....istighfar

    ReplyDelete
  48. sal orang parking tepi jalan tu...kalau kita hon...bukan main marah dia...walhal mengganggu laluan orang...hehehe...dia marah ke?

    ReplyDelete
  49. haah?..tak ada mood lagi, walaupon lagu raya sering berkumandang, tapi masih lagi tak da mood?.
    hehe.
    tak ape, nanti mood tu datang.
    hati hati ketika memandu.

    ReplyDelete
  50. nak komeh umah, tp kerepek tak abis buat lagi..huhu

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...