Followers Remaja Purba

Friday, August 26, 2011

Horraayy.. Last Day Kerja..

Hari ni last day aku bekerja sebelum cuti tak berapa panjang..

Kalau orang lain dah buat persiapan untuk balik kampung sebelum raya tapi aku tetap di sini.. Beraya di rumah sendiri dulu baru fikir nak menuju ke mana.. tapi yang pasti tahun ni berkemungkinan besar aku tak balik ke selatan kampung family aku sebab hubby plan nak ke Ipoh.. tak kisahlah nak ke mana, yang penting semuanya selamat berjalan lancar..

Perancangan aku:

Malam ni:
Akan ke klinik untuk further check up.. ops.. tang ni nanti aku bagitau..

Esok:
Malamnya, kalau takde aral melintang menegak, akan sambut birthday dak adik.. Hubby yang minta buat sehari awal (tarikh asal: 28 Ogos 2011)

Ahad:
Mungkin hari ni cat ruang tamu rumah..

Isnin:
Bersedia dengan pembelian bahan-bahan mentah untuk menu di pagi raya nanti..

Malam raya:
Bakar lemang.. ni acara wajib kat TDBi ni..

Selasa:
Hari paling sibuk dan berkemungkinan tidak akan on lappy.. nak kena jeling-jeling manja dengan hubby cer try buat.. hikhikhik..



Selain dari perancangan tersebut di atas..:

Baju raya:
alamak.. baru teringat, baju hubby dan dak adik belum amik kat tailor..

Kuih raya:
cukup sudah..

Lain-lain:
eeemm... ok je setakat ni, belum nampak kelam-kabutnya lagi.





psstt: Aku dah mula rasa nak demam..

51 comments:

~izan~ said...

seronoknya tgk jadual raya hehe...

bakar lemang mlm raya mesti meriah..

hati2 pulang ke kampung tau.

abghani said...

salam raya...slmt bercuti

aizamia3 said...

izan:

itu baru perancangan dan moga ianya mengikut jadual.. ;)

tak sabar nak makan lemang sebenarnya ni.. hehehe..

aizamia3 said...

abghani:

selamat hari raya jugak buat abghani.. ;)

Anum said...

seronoknya persiapan dia
selamat hari raya

Kakzakie said...

Jangalah demam dulu....
Selamt Hari Raya dari kakak:)

Prince Halilintar said...

Semoga Aidilfitri kali ni membawa keceriaan dan kesyukuran pada family aizamia serta ape yg di plan tu semua berjalan lancar..Salam Aidilfitri dari prince.

Dr. Ben said...

plan bagus!

aizamia3 said...

Anum:
hehehe.. kehendak en. suami..layankan aje..

aizamia3 said...

Kakzakie:
itu yang nak jumpa doc. lepas berbuka malam nanti kak..

aizamia3 said...

Prince Halilintar:

InsyaAllah.. terima kasih.. ;)

MARIA LIZA said...

Selamat Hari Raya...

sahromnasrudin said...

Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdri.. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

Aku Ibu Muda said...

selamat hari raya ai!

raya kt sini je ye taun ni?

aizamia3 said...

Dr. Ben:
moga plan bagus tu berjayaler hendaknya..

Mommy Fara said...

Slow-slow...jgn push badan sgt. Sian badan. T demam, tak dpt nak beraya. Berselubung jelah dgn selimut kang. Heheheh....

Salam lebaran.
Maaf zahir batin.
Jgn lupa kibarkan bendera Msia..

=D

pena rozie said...

Selamat Hari Raya...

aizamia3 said...

sahromnasrudin:
selamat hari raya..
moga jalinan yang terbina tahan lama.. ;)

aizamia3 said...

MARIA LIZA:
selamat hari raya dear.. ;)

aizamia3 said...

Aku Ibu Muda:
a'ah.. raya pertama akan beraya di rumah sendiri dulu..

aizamia3 said...

Mommy Fara:
insyaAllah..

tak terbeli lagi bendera.. :(
moga dapatlah sebelum raya ni kukibarkan bendera Malaysia..

aizamia3 said...

Pena Rozie:
selamat hari raya.. ;)

cik pulau said...

waahhh.. sume dah ready ni. bgus2..

Edy Zaidi said...

pergh..siap ada jadual lg...selamat hari raya yer

rATu kEBaYA said...

siap berjadual ye...

aizamia3 said...

cik pulau:
hehehe.. senang keje nanti

aizamia3 said...

Edy Zaidi:
hehehe..
samalah kita.. selamat hari raya.. ;)

aizamia3 said...

rATu kEBaYa:
senang tak kelam-kabut..

MamaEma said...

Selamat Hari raya

msredcheesecake said...

Byk dah setel dah...msred baru beli baju raya anak je n kemas rumah. Yg lain belum lagi...double pening....hheee

anismelon said...

yey..anis pon last keje..isnin cuti pai isnin depan..heeee..indah rase nye..weee

cik sakura said...

salam aidilfitri dari cik sakura..

aizamia3 said...

MamaEma:
samalah kita..




msredcheesecake:
kena slow and steady, kalau tak nanti, banyak terbengkalai..

aizamia3 said...

anismelon:
moga selamat pulang berhari raya nanti..



cik sakura:
selamat hari raya.. ;)

Sunah Sakura said...

macam ada orang bakal mengidam jugak ni...

aizamia3 said...

Sunah Sakura:
hehehe.. datangler umah..

miloais said...

selamat bercuti dan selamat menyanbut hari raya ye aiza...

kayrul-shah said...

selamat hari raya..wah dah siap jadual hingga raya lagi..kelas gitue

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

persiapan mantap la kak.siapbt list. :) slmt hari raya ye.

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

slamat hari raya juga :)

- abdul hadi abdul muti - said...

busy gila!!huhu. selamat hari raye!!

Norhisham Nordin said...

huhuhu... selamat hari raya aiza... seronok dah terasa ni...

Kancil 8349 said...

wah...dah cuti rupanya...berhati - hati di jalan raya...apapun jaga diri dan kesihatan kamu...

ainhany said...

salam aiza,

selamat berhari raya dan maaf dzahir bathin.

jika ada tersalah silap, terlebih tutur, maaf jjua dipohoni...
jika ade terlebih kueh apa kata poss sini..hihi

Semuga selamat sampai ke destinasi dan melaksanakan tuntutan/plan yang telah disusun. hati2 dan pandulah berhemah. Amin

Nini Hartini said...

wow detail.. hehe... akak,x ke melaka? boleh dtg rumah mak tini. rya ke-3 tini blk mlk.

Kak tini nk minta maaf selama kita knal kalau tini ada terkasar bahasa @ buat akak kecik ati..maafkan tini eh....

Gen2Merah said...

salam aidilfitri ye aizamia3 ... moga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung...

Namee Roslan said...

wah bagus. siapa ada checklist. :) so tersusun! :) selamat hari raya ok. maaf zahir batin.saya baju raya pun xde lagi..wahaaa

IQ = Iez Qis said...

bestnye cuti~~ xrya kampung trus ek~~~

SoLy SoLicious said...

selamat bercuti..take care..selamat hari raya :))

aizamia3 said...

ainhany:
amin.. insyaAllah..

aizamia3 said...

Nini Hartini:
selamat hari raya Aidilfitri Tini..
Tahun ni akak tak balik Melaka.. raya kat Meru dan mungkin ke Ipoh..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...