PAGI..
Buat pertama kalinya baru aku tahu kat mana rumah Ketua Kampung, kiranya lepas ni takdelah aku malu kalau ada yang sesat jalan bertanya kat aku mana rumah Tok Ketua..
Kenapa Ketua Kampung..?
Aku lupa nak minta Pengarah aku sign + cop borang permohonan kemasukan Pra Sekolah untuk dak adik.. Jadi kenalah jumpa Ketua Kampung, tapi sebab aku nak uruskan cepat, akhirnya aku dan k.Lela sebelah rumah pergi ke SMK Meru untuk pengesahan maklumat..
Akhirnya siap jugak.. DAN lagi menarik selain dak adik ada lagi 3 anak jiran kat TDBi ni yang daftar satu tempat dengan aku.. Sekurang-kurangnya aku takdelah risau sangat nanti, dak adik ada kawan..
PETANG..
On the way nak ambil dak kakak, kat susur Subang menghala ke arah Damansara dah start sesak.. masa tu baru pukul 4 pm.. Tengok langit yang mendung confirm kejap lagi hujan lebat..
Dari sekolah dak kakak, hujan lebat dari pukul 5.15 beserta angin.. Kalau hujan lebat aku agak risau nak memandu.. Pandangan akan jadi terhad. Dahlah ambil dak kakak kat sekolah kena hujan, dalam kereta menggigil menahan sejuk..Start dari PJ, dari pukul 5 lebih sampai dekat berbuka baru aku sampai rumah..
Nasib baik aku dah siap masak petang tadi, takdelah kelam-kabut sangat.. Aku dan anak-anak dapat berbuka dengan jayanya.. Syukur.. Alhamdulillah..
psstt: Dah cuba pendekkan tapi masih panjang karangan untuk hari ni..
tula pasal..
ReplyDeleteriso betul tgk cuaca tadi..
dah macam ribut kan..
uisy..
btw,new hupdate,hehe>>
http://cintailmu89.blogspot.com/2011/08/spontaneous-friday.html
salam ramadan 2u dan selamat berbuka
ReplyDeleteBila ada hal baru kita mencari rumah penghulu ni yek..:)Kat KL selalu hujan ke skrg?
ReplyDeleteiz:
ReplyDeletehujan lebat + angin tu yang merisaukan..
ariana's:
ReplyDeletekebetulan terlupa.. tapi bagus gak sebab tau kat mana rumahnya..
complicated betul nk masuk sekolah dak adik tu ye? siap kne ada cop ketua kampung. kiranya adik masuk pra sekolah ye... sama sekolah dgn kakak ke?
ReplyDeleteNini Hartini:
ReplyDeletentahler nini.. ni pengalaman pertama aku uruskan dak adik.. kakaknya dulu sekolah lain..
naper di ganu susah nak hujan ni huhu..kadang kadang jer.. ;(
ReplyDeletePinKy MoMMa:
ReplyDeletekat sini petang je hujan lebat..
takpe.. tunggu hujung tahun nanti..