Followers Remaja Purba

Friday, August 26, 2011

Perancangan dah ada tapi..

Petang tadi..
Kebetulan dan memang bernasib baik baru nak masukkan gear nak balik dari office, hubby call minta ambil kat tempat kerja.. Awalnya tak sesak tapi on the way nak ambil anak-anak kat rumah nenek dorang, kena redah jugak, takde jalan lain dah..

Sampai kat Pekan Meru - tapau, terus balik rumah.. Memang tak sempat nak berbuka kat rumah tapi takdelah terkejar-kejar.. Lagipun dah start cuti, boleh rileks sikit.

Tadi cadangnya nak pergi Klinik sebab aku dah mula rasa nak demam selesema.. tapi hubby pulak nak cat rumah, terpaksa diawalkan..


Kakak..?
Lepas berbuka tak sabar nak keluar..

Adik..?
Pun sama.. sibuk nak 'acun', nak 'acun' (perkataan asal: mercun)

- Puasler dorang cuti tak berapa panjang ni..

Hubby..?
Cat ruang tamu rumah, dari empat penjuru tinggal satu setengah je lagi..

Aku..?
Anak dara jiran kat rumah ajak pergi Uptown.. pergi yang dekat je kat Klang Sentral.. takde papepun.. biasa je.. Hari Ahad pulak nak pergi pasar pagi Shah Alam.. agak-agak kalau tak larat nanti, aku tunggu je dalam kereta.


La ni, dengan jiran-jiran depan rumah lepak kat pondok yang telah diperbaharui.. bersantai habis.. Aku date kejap dengan orang hijau..



psstt: Lepas raya insyaAllah aku akan share sesuatu kat korang.. ;)

12 comments:

  1. wah...banyaknya aktiviti...menarik...hehehe...jaga kesihatan..nanti raya ndak seronok orang kata kalau kita sakit

    ReplyDelete
  2. Kancil 8349:
    betul.. tapi la ni dah mula rasa demam selesema.. :(

    ReplyDelete
  3. penuh aktiviti... en. Hubby queen pun dah start selsema tue...

    ReplyDelete
  4. bz betul kan menjelang raya ni...

    elamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. wah sibuk nya, tapi kesihatan jaga juga ye kak! :) jangan kerja berat sgt . nnti demam ssh nk beraya :D

    ReplyDelete
  6. bestnyee dh boleh rasa suasana raya tu..huuuu..sini cm biase je..aaa ape la yg nk di share tu ye..

    selamat hari raya kak :)

    ReplyDelete
  7. Aku Ibu Muda:
    Lepas raya InsyaAllah..

    ReplyDelete
  8. QueeN TerataI:
    moga cepat sembuh sebelum raya ni..

    ReplyDelete
  9. msredcheesecake:
    makin dekat makin banyak nak buatnya..

    tu tak masuk lagi baju raya belum basuh, duit raya tak settlekan lagi..

    ReplyDelete
  10. Namee Roslan:
    terima kasih atas ingatan.. ;)

    ReplyDelete
  11. frometoyou:
    takpelah dik.. sabarlah.. walaupun jauh tapi sekurang-kurangnya kita masih dapat menyambutnya kan.. ;)

    insyaAllah lepas raya ye..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...