Aku lambat bersiaran hari ni kerana pagi tadi aku dan hubby berada di sini..
Pemandangan dari kawasan masuk sekolah..
Murid-murid Pra Sekolah dan Darjah 6 berbaris sebelum di arak ke Dewan Perdana..
Gigih cikgu-cikgu menyusun kedudukan anak-anak murid..
Aku yang teruja tengok jubah konvo dorang ni.. macam comel je..
Pasukan kompang yang mengiringi barisan penerima sijil dan anugerah..
psstt: yang ni lagi menarik kalau mereka berpakaian baju melayu.. contohnya..
Lupa nak amik gambar kawasan sekitar dewan tersebut..
Aku suka sekolah ni sebab kawasannya yang sangat luas dan atas bukit..
Tetiba rasa nak kembali ke sekolah.. hehehe..
Menurut Guru Besar SK Bukit Kapar..
Majlis pagi tadi adalah kali kedua
diadakan dan beliau berharap majlis seumpama itu diadakan pada setiap
tahun..
dak Adik menerima hadiah dan sijil penghargaan..
Selepas sesi agihan makanan.. dak Adik pun dibenarkan balik..
psstt: Tinggal lagi dua hari sebelum cuti persekolahan hujung tahun bermula..