Thursday, January 6, 2011

Dah mula kerja dah

Pagi:

Hujan lebat dari rumah ke pejabat.

Dalam perjalanan ke sekolah, masih sempat berkira-kira nak hantar adik dulu ke atau kakak? Akhirnya aku buat keputusan hantar kakak dulu. Jalan jangan cakaplah, arah ke P.J sesak teruk dari pelbagai arah. Nasib baik juga aku tak perlu jalan jauh dari sekolah kakak untuk hantar adik ke rumah pengasuh.

Pagi yang agak kelam-kabut bagi aku sebab ni hari pertama aku uruskan anak-anakku sendirian memandangkan hubby pun mula kerja hari ni.

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Sekolah

Alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Pengangkutan: Ok clear dah ada, dalam minggu ni akan jumpa person in charge.

Sekarang dalam perjalanan balik ke rumah, hubby yang pandu kereta, ni yang sempat buat catatan sikit.

Tak sabar nak sampai rumah sebab lencun kena hujan, lencun sebab peluh, dah ada macam-macam bau aku rasa.

Tak sabar nak berehat.

CUTI: aku apply the whole week tapi rasanya 2 3 hari je kut aku cuti uruskan kakak Irah.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Ulangtahun ke 7

Semalam 01 Januari 2011, genap 7 tahun aku melayari bahtera bersama family ku sayang.

Hadiah? 3 minggu awal aku dah dapat hahaha, tak surprise dah.

Petang semalam hubby kena ke Kota Bharu gara-gara minggu depan nak cuti panjang.

Malam:
Aku sibuk dengan buku sekolah kakak Irah.

ESOK:
Aku akan bercuti panjang untuk urusan sekolah anak. Moga segalanya berjalan dengan lancar dan tenang.

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...