05 Oktober 2026 | Isnin [23 Rabiulakhir 1448H]
Segmen pertama dalam bulan Oktober. Bila nampak segmen ni, rasa menarik pula untuk join sekali. Sesekali kita meriahkan dunia blog sambil blogwalking. Segmen ni dianjurkan oleh blogger Suria Amanda dan aku jumpa segmen ni melalui blog Pokcik di [SINI].
Bila dah lama berblog, ada masa idea datang mencurah-curah dan ada masa otak mogok. Jadi, segmen macam ni bolehlah dijadikan salah satu cara untuk mencari idea, berkenalan dengan blogger lain dan meriahkan dunia blog.
- Terbuka kepada semua blogger.
- Buat entry penyertaan ringkas.
- Tajuk entry: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif!
- Salin (copy) banner segmen di atas dan muat naik ke dalam entry.
- Backlink dan tinggalkan pautan (URL) ke entry di bahagian komen.
- Follow blog SA pada yang belum follow.
- Saling blogwalking digalakkan singgah dan tinggalkan komen di entry peserta-peserta lain yang menyertai segmen ini untuk mengeratkan silaturrahim.
- Tarikh penyertaan dibuka dari 01 Oktober 2026 hingga 10 Oktober 2026 (11:59 malam).
- Entry pengumuman pemenang/senarai bloglist akan di publish selepas tarikh segmen tamat.
- Pemenang akan ditentukan melalui Wheel of Name.
Sekecil mana pun sesuatu perkongsian itu, tetap ada nilainya buat yang sudi membaca.
Semoga segmen ni dapat menemukan lebih banyak blog menarik untuk kita singgah, baca dan kenal.
#RemajaPurba: Selamat bersegmen dan selamat berblogwalking buat semua.

No comments:
Post a Comment