10 April 2026 - Jumaat [11 Syawal 1447H]
Dulu..
Waktu zaman #BudakPurba, aku memang suka layan drama Cina genre historical — kisah zaman dulu-dulu. Selain jalan cerita, aku paling suka tengok pakaian dorang yang cantik, penuh warna dan detail, ditambah pula dengan lakonan yang memang mantap. Sanggup tunggu setiap minggu semata-mata nak tengok episod seterusnya. Yelah, waktu tu mana ada socmed macam sekarang, nak spoiler pun susah.
Tapi lepas dah bergelar #RemajaPurba, fokus tu makin berkurang. Rutin harian pun semakin bertambah, inikan pula nak commit tengok drama yang episodnya berpuluh-puluh.
Namun.. tahun 2026 ni lain sikit ceritanya. Ada satu drama yang tengah trending, sampai aku boleh ulang tengok berkali-kali. en. Hubby pun geleng kepala tengok sikap aku.
'Tak habis lagi ke dramanya?'
'Alah Babah.. ibu tu kejap je. Nanti ada drama lain, tukar pulak minatnya'.
Pursuit of Jade (Pursuit of Jade)
A trending 2026 Chinese romantic period drama
【Official MV】Pursuit of Jade《逐玉》|《前路》 by Huang Xiaoyun
dari [SINI]
Mereka cemerlang dalam setiap babak — sama ada komedi, romantik mahupun aksi. Gabungan kekuatan dan kelembutan yang begitu seimbang, benar-benar padanan yang sempurna!
Impaknya bukan sekadar terletak pada daya tarikan atau lakonan para pelakon semata-mata. Sebaliknya, ia terhasil daripada ketelitian dalam setiap aspek pembikinannya — penulisan skrip, pencahayaan, tona emosi setiap babak dan cara muzik disulam ke dalam penceritaan. Setiap petikan lagu dipilih dengan begitu teliti, hadir tepat pada waktunya, sekali gus menguatkan kesan emosi dan membawa penonton lebih mendalam ke dalam cerita.
Watak antagonis pun tak kurang hebat — bukan saja berjaya buat kita geram tapi lakonan yang mantap buat karakter tu lagi hidup dan berkesan. Memang jenis 'jahat tapi menjadi'.

Bahagian hiasan di atas kepala Xie Zheng (Marquis of Wu’an) tu jadi viral di socmed
— bila netizen mula buat parodi, macam-macam versi ada.
Kadang kita bukan tak ada masa, cuma belum jumpa cerita yang buat kita sanggup curi masa.
#RemajaPurba: Aku suka hampir semua watak kecuali bekas tukang Fan ChangYu.. hahaha..

No comments:
Post a Comment