20 Februari 2026 - Jumaat [02 Ramadan 1447H]
Hari pertama sahaja sudah ada lima resipi, belum campur lima resipi air. Memang padu betul permulaan kelas kali ini.
Nak tanya..?
Ada yang sempat kejar semua resipi tu? Kalau berjaya ikut sampai habis, memang antara top studentlah dalam kelas KA. Moga student KA kekal momentum sampai ke penghujung 'semester' Ramadan. Kita sasarkan lulus dengan cemerlang — tak mahu ada yang repeat paper tahun depan.
Mari kita tengok apa resipi pada hari kedua bagi bulan puasa 2026.
Reseii untuk 2 Ramadan 1447H
Cantonese Yee Mee
dari [SINI]
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kuah Buttermilk dan Mantao
dari [SINI]
Kuah Buttermilk dan Mantao
{Antara komen yang ada}
Buat mereka yang nak cuba resepi ini tetapi roti mantao sold out, boleh dapatkan di sini
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Peach Cobbler
dari [SINI]
{yang bawah ni resepi salam seorang student KA}
Ratio 1:1:1 (self raising flour:gula:susu)
Melt butter dalam tray, letak ratio 1:1:1, on top letak peach
Peach Cobbler
Buatmu pasar raya di Malaysia:
Mohon sentiasa peka dan bersedia dengan stok bahan-bahan yang dikongsikan oleh Khairul Aming dalam 30 resipi Ramadan beliau.
Kami datang dengan misi, dengan senarai di tangan dan semangat berkobar-kobar. Jangan biarkan kami keluar dengan perasaan kecewa — kerana rak sudah kosong dan stok habis.
Mana yang berjaya, Alhamdulillah — tahniah dan teruskan momentum.
Mana yang kurang menjadi tu.. simpan dulu gambar dalam galeri. Tak perlu terus post dalam socmed, nanti terpaksa berdepan sesi 'post-mortem' netizen. Maklumlah, tahun ini tahun penting buat mereka yang repeat paper. Emosi kena jaga, mental kena kuat.
Sementara mereka sibuk membeli segala bahan yang diperlukan, aku santai membaca komen-komen dari student KA. Antara drama student kelas KA — semangat ada, panik pun ada, risau apatah lagi.
- 'Sir.. tak terkejar saya budak kelas belakang ni. Baru nak sediakan bahan, Sir dah masuk topik lain. Tadi cari sos plum pun tak jump.. assignment dah bertimbun ni'.
- 'Ini memang khas untuk budak-budak kelas lompat masuk kelas Khairul Aming rasanya. Laju sangat silibus kali ini'.
- 'KA macam nak balas dendam dengan student tahun lepas yang derhaka resipi tu?'.
- 'Baru hari pertama dah rasa gagal. Banyak betul kena study. Ini baru hari pertama, dah terfikir.. kena repeat semester macam ni. Kenapa tekan-tekan sangat ni..?'
#RemajaPurba: Semua resipi bergambar dari [SINI]



No comments:
Post a Comment