Followers Remaja Purba

Tuesday, April 2, 2024

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali


31 Mac 2024 - Ahad (20 Ramadan 1445H)

Menerima khabar berita duka dari group whatapps mengatakan ada kemalangan maut membabitkan empat buah motosikal di salah satu jalan kampung di kawasan tempat tinggal kami. Dua orang mangsa yang meninggal berusia 15 tahun. Kejadian berlaku lebih kurang dekat pukul sepuluh malam.

'Kesian dekat emak ayah ada yang meraung kat sana tadi. Baru balik sembahyang terawih'. mesej dari group.



Salah seorang daripada mangsa adalah abang kepada murid satu kelas dak Nuha. Salam takziah atas musibah yang telah berlaku. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan moga semua urusan dipermudahkanNYA.



01 April 2024 - Isnin (21 Ramadan 1445H)



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, RM250 buat pesara yang akan dibayar pada Jumaat ini. 

Alhamdulillah.. rezeki buat mereka.

#RemajaPurba: ...

11 comments:

  1. Alhamdullilah... bersyukur dapat rezeki bagi mereka

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat mereka yang kehilangan insan tersayang di bulan yang berokah ini

    ReplyDelete
  3. Salam takziah begitulah kehidupan. Sedih mesti keluarga lagi sedih

    ReplyDelete
  4. salam takziah kepada keluarga mangsa...

    Alhamdulillah, rezeki dapat duit raya...lama dah tak dpt duit raya nie

    ReplyDelete
  5. sayu hati bila ada berita kematian.. moga tabah keluarga mangsa mnghadapi ujian berat :(

    ReplyDelete
  6. Innalillaahi wa inna ilaihi rooji'uun. Moga seisi keluarga tabah.

    ReplyDelete
  7. Alfatihah buat yg telah pergi dan alhamdulillah dgn rezekinya

    ReplyDelete
  8. Salam takziah buat keluarga mereka.
    Pergi dlm bulan yg mulia, moga² husnul khatimah.

    ReplyDelete
  9. berita gembira dan berita duka datang seiringan.

    ReplyDelete
  10. Salam takziah dan al fatihah untuk keluarga mangsa . Puasa tahun ni banyak yang kehilangan orang tersayang . Trrmasuk CCL Sendiri

    ReplyDelete
  11. Allahu keluarga di uji ketika saat lebaran raya kian menjelma.. semoga dipermudahkan urusan bagi keluarga yg terlibat..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...