Followers Remaja Purba

Thursday, February 2, 2023

Hukum suami kahwin nombor dua tanpa pengetahuan isteri yang pertama


Bertebaran di media sosial, si suami telah bernikah di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama. Aku tak nak sentuh isu tapi satu video dari Ustaz Azhar Idrus (UAI) menarik perhatian aku. Bagi aku, soalan yang diutarakan dan dijawab oleh beliau ringkas tapi membawa maksud yang mendalam buat mereka yang ingin berkahwin dua.


Apa hukum suami kahwin nombor dua tanpa pengetahuan isteri yang pertama?
Hukumnya sah tapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini ialah bergembira bukan bersedih. Maka kita ada isteri pertama, kita kahwin yang kedua bermakna dari dua orang menjadi tiga. Biar tiga-tiga gembira. Itu kaedahnya. Bukan yang kedua, dua orang je suka, yang pertama menangis teruk.

-Aku kongsikan semula dari ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus-
'Saya nak berkahwin sorang lagi. Inilah orangnya, awak berkenan atau tak?'
'Saya tak suka'.
'Okay, tak suka. Ini gambar kedua, orang nombor dua suka atau tak..?'
'Tak suka jugak'.
Akhirnya.. 'Nikahlah abang, serabut kepala'.

Kita kahwin senyap-senyap itu dah menipu isteri kita. Kalau isteri kita tipu kita, kita marah tak? Jangan buat macam tu sebab jasa dia besar dengan kita.
  • Isteri pertama sanggup berpisah dengan ibu dan bapa untuk ikut kita.
  • Padahal mak ayah isteri pertama sanggup berpisah dengan adik-beradik duduk dari kecik untuk menemani hidup kita.
  • Isteri pertama sanggup tinggalkan kampung halaman tempat dia dilahirkan untuk ikut kita.
Besar budi isteri pertama, betul tak? Jangan tipu tapi kalau bagitahu dia mengamuk. Dia mengamuk biaq pi la, asalkan bagitahu.
'Tak beranilah lagu tu Ustaz'.
'Yang sebenarnya awak tak mampu. Orang mampu dia boleh panggil isteri dia 'saya nak kahwin seorang lagi. Itu orang mampu'.

Selagi isteri pertama marah jangan nikah. Bila tak marah, baru nikah.
'Cara terbaik yang dia tak marah, tunggu dia mati'.
'Tak mati lagi ustaz'.
'Sembahyang hajat'. - sanggup tu nak bunuh sebab nak nikah.
Macam mana binimu nak terima nikah. Mu tak baik dengan dia. Kalau mu baik dengan dia, dia bagilah. Kita tak baik dengan bini, cer baik, dia bagi tak bagi.

'Ni roadtax motor guna duit bini, nak berbini pulak. Mana perempuan tak marah'.
'Selipar putus pun tak berganti, cari dawai betulkan balik'.

Video asal di SINI..

Bila aku kongsikan video ini dengan en. Hubby.. 
'Nak sangat ke..?'
'Pergilah abang, tapi..'
'Lah.. kata bagi, lepas tu ada tapi pulak..'
'Tapi' aku tu buat en. Hubby tergelak besar mendengarkannya..

#RemajaPurba: 'yang ada ni pun susah nak jaga..'

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...