Followers Remaja Purba

Monday, March 7, 2022

Bila dah lama tak buat Ujian Kehamilan


Bila ada salah seorang ahli keluarga di dalam taman aku dijangkiti virus Covid-19 ni, maka akan ada sumbangan buat keluarga yang terkesan tersebut. Terima kasih buat semua, Hanya Allah yang dapat membalasnya dah moga semua doa buat kami berbalik semula kepada semua.


04 Mac 2022 (Jumaat)
Sumbangan barang keperluan dari pihak masjid untuk mereka yang dijangkiti Covid-19 telah diterima melalui wakil taman aku. Sehari sebelumnya juga kami telah menerima sumbangan dari SINI.


05 Mac 2022 (Sabtu)
Sumbangan bahan mentah dari tabung taman juga telah selamat diterima.

Semua sumbangan yang kami terima adalah kerana dak Kakak menjadi mangsa Covid-19.


06 Mac 2022 (Ahad)
Akhirnya..Tewas juga aku..

KRONOLOGI KES:
Disebabkan tekak mula terasa perit, badan rasa dedo (panas sejuk), mohler kita ke klinik.

PEMANGSA:
Handal kau Covid-19. Lagi orang benci, lagi kau mendekat.

MANGSA:
Kali ni MakBudak pula diserangnya.

KEPUTUSAN:
Bila dah lama tak buat Ujian Kehamilan, will be like... (jangan jadi pembaris)

Macam ni jadinya.. sah Positif.

#RemajaPurba: Risaukan anak-anak..

No comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...