Followers Remaja Purba

Thursday, July 15, 2021

Penerima Vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre, Shah Alam

 
Sambungan dari SINI..
Dek kerana tempat tersebut ditutup sehari pada 13 Julai 2021, maka temujanji en. Hubby telah ditukar pada 14 Julai 2021 (Rabu).

Tempat: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre, Shah Alam
Jenis vaksin: Vaksin A to Z (Astrazeneca)
Masa: 1830

Terima kasih kepada en. polis dan anggota bertugas membantu melancarkan pergerakan dari laluan masuk dan keluar di sepanjang jalan utama menuju masuk ke dalam bangunan. Tanpa mereka, pasti jalan akan bertambah sesak. Alhamdulillah, urusan dipermudahkanNYA walau sedikit lewat disebabkan kesesakan jalan raya.

15 Julai 2021 (Khamis)
Setakat ni aku tengok en. Hubby ok cuma rasa sakit dekat bahagian yang disuntik. Macam aku hari tu, hampir nak demam. Seharian rasa tak sedap badan. 

Esok pulak hari terakhir persekolahan sebelum cuti persekolahan selama seminggu. Kita tunggu apa kata Menteri Pendidikan berkenaan sesi persekolahan adakah akan dibuat secara bersemuka atau masih kekal dengan yang sedia ada menggunakan medium Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terutama di negeri Selangor yang kita sedia maklum pertambahan dari hari ke hari makin meningkat naik.

#RemajaPurba: Moga apa sahaja yang kita rancang dipermudahkanNYA. 

2 comments:

uncle gedek said...

Ok! Kita boleh buat kelab AZ!

adianiez AIDA said...

kalau la ikut trend covid ni, aida x rasa anak2 akan naik sekolah bersemuka.
dangerous. seriau aida nak lepaskan diorang bertiga.
lagipun pkp lagi kan. ber pdpr le diorang kemungkinannya...
letih!

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...