Followers Remaja Purba

Saturday, October 31, 2020

Kelas Online PKPB dan Swab Test

 
DAY 223 (26 Oktober 2020 - Isnin)
Ketika kawan-kawan sudah ada telefon dan mempunyai nombor telefon sendiri, dak Kakak masih belum ada. Jangan tanya kenapa kerana aku ada alasan aku sendiri.

Akhirnya, dua minggu lepas dak Kakak berjaya memperoleh nombor telefon sendiri manakala telefon diberikan oleh kakak sepupunya. Kenapa..?

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini lebih hebat kelas online anak-anak. Memandangkan dak Kakak tinggal sementara di rumah mySIL maka aku kena belikan simcard untuk digunakan oleh dak Kakak dengan syarat 'jangan delete nombor ibu dalam semua group kelas yang ada'. Pemantauan berterusan kena dilakukan bagi mengelakkan dia terlepas pandang kerja sekolah yang diberikan.

Alhamdulillah, sedikit mudah untuk dak Kakak berhubung dengan ibunya ini andai ada perkara yang diperlukan. Hanya tinggal dak Adik dan dak Nuha, deme ni kena pemantauan lebih, kalau tak nanti 'ke laut dalam deme pergi' + ibunya sekali tenggelam.


DAY 224 (27 Oktober 2020 - Selasa)
Work From Home (WFH).
Bekerja seperti biasa dan kalau kena tegur dengan ketua pun, masih boleh rileks santai sambil goyang kaki sebab bukan dia nampak. Kalau dekat tempat kerja kau buat macam tu, sengaja cari nahaslah.. kahkahkah..


DAY 225 (28 Oktober 2020 - Rabu)
Mengambil peluang ke pasar pagi membeli bahan mentah untuk kegunaan kami di rumah. Membeli sekadar perlu dan bukan mengikut kehendak. Bersederhana sejak dulu dan bukan hanya keranamu PKP.


DAY 226 (29 Oktober 2020 - Khamis)
Setiap tahun kita tidak pernah gagal dalam memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW di atas perjuangan dan pengorbanan baginda kepada umatnya.

Hari ini, 29 Oktober 2020 bersamaan 12 Rabiulawal 1442H merupakan sambutan Maulidur Rasul yang mana tahun ini bertemakan 'Ummah Rabbani Negara Harmoni'. Tema yang menggambarkan sifat Rabbani dan kepatuhan hamba kepadaNYA yang akan membawa kepada keharmonian ummah dan negara.

Dengan ujian COVID-19 ketika ini, moga kita lebih mendekatkan diri kepada ajaran Rasulullah SAW yang tidak pernah melupakan kita sebagai umatnya.


DAY 227 (30 Oktober 2020 - Jumaat)
Walau bukan individu yang berkeperluan tinggi untuk hadir bertugas tapi aku mengambil peluang mengambil swab test ini sebagai langkah berjaga-jaga. Ini juga antara peraturan utama tempat kerja aku, tanpa swab test dan memo arahan daripada pihak atasan, aku tidak dibenarkan hadir bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilaksanakan; sebaliknya hanya perlu bekerja dari rumah (WFH).

Hari ini juga aku pergi ke hospital bagi mengambil ubat yang diperlukan, Selepas ini, aku hanya perlu mengisi maklumat secara online berkenaan pengambilan ubat dan pihak hospital akan menghantar ubat tersebut ke alamat rumah aku. Ini bagi mengurangkan jumlah orang ramai yang perlu hadir ke hospital untuk urusan ulangan pengambilan ubat.

Untuk rekod:
Keputusan swab test yang aku jalani tersebut, telah disahkan negatif. Alhamdulillah..


DAY 228 (31 Oktober 2020 - Sabtu)
Mengambil peluang bermalas-malasan dengan mengurangkan aktiviti 'bekerja dalam rumah'. Maaf ye en. Hubby.. 'hari ni den maleh nak buek kojo rumah'. Nak bersantai sambil menonton filem Tamil kesukaan den.

#KisahKita: ...

2 comments:

  1. alhamdulillah. negatif.
    tahniah sebab jadik warganegara yg prihatin & bertanggungjawab.
    anak-anak aida memasing ada phone dan simcard sendiri. tu pun kerna terpaksa. kalau ikutkan hati, langsung x nak kasik. tapi, keperluan kan utk diorang sekarang :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga sis sekeluarga dilindungi Allah hendaknya..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...