Kisah pada 22 Julai 2018 (Ahad)
Kisah awal:
Satu mesej sebelum ini diterima tapi aku sebenarnya tak perasankan tarikhnya. Sekali aku silap tarikh daa.. Aku sedar sehari sebelum hari kejadian, itupun mesej dari beliau sendiri. Aduhai.. maafkanlah anakmu ini mak. Rupanya kami tersalah tarikh dan syukur sangat-sangat ChefHubby tidak sibuk dengan rutin harian beliau maka dapatlah kami meluangkan masa ke rumah beliau. TAPI.. paling menarik, pagi kejadian tergerak hati nak bertanya pada beliau berkenaan isi jemputan tersebut. Yelah.. senang nak match kan pakaian dan keadaan, takdelah nampak pelik sangat.
Sekali Makchaq reply..
'Saja je..makan durian, jumpa blogger.'
Aduh.. takkan nak kata tak boleh pulak kan. Tambah pulak dah janji dengan anak-anak ke mana hala tuju seharian tu. Maka.. bertabahlah ye Mak Budak demi meraikan majlis di rumah Makchaq. Lagipun yang tak makan durian aku seorang, ChefHubby dan anak-anak layan je..
Masa sampai ni tengok dah ramai yang sampai..
Majlis bermula pukul 11am tapi aku sampai 11:30am..
Gambar pertama.. dipaksa bergambar sebenarnya.. hahaha..
'Rugi tak makan durian..'
En. Suami KakCik Seroja mengusik aku.. hahaha..
Durian dibawa dari Dusun Pakchaq di Batu Kurau, Perak
Satu jumlah yang bukan sedikit..
Pilih bang.. pilih..
Anak-anak tak berapa nak makan sebab kami dah kenyang makan sebelum tu..
Antara isi si Raja Buah - Durian..
Dak Nuha yang berselera makan..
Dalam meragam dia tu, makan tetap makan..
En. Hubby tolong belahkan buah durian untuk dinikmati oleh Geng Blogger yang hadir..
Di mana aku..?
Sekejap ke hulu.. sekejap ke hilir.. tu belum kira ke belakang rumah Makchaq semata-mata nak jauhkan diri dari bau durian. Kesian tapi dalam masa yang sama rugi sebab tak dapat join beramah mesra dengan yang hadir. Cemburu beb tengok deme bergelak tawa sedangkan aku tak boleh duduk setempat. Kepala pun dah mula berdenyut-denyut masa ni.. huhuhu..
Bersama KakcikSeroja..
Kakcik memang rajin ke rumah kami bila dijemput.. sayang kakcik..
Nampak manis je senyuman tu kan.. walhal itu lakonan semata-mata.. 🙃😜
Bersama my anak dara.. dak Kakak..
Pokok manggis yang tegak melatari halaman rumah Makchaq..
Geleng kepala dak Adik tengok ragam ibunya..
Bersama Blogger Rai..
Rezeki tiap kali berjumpa dengan beliau pasti di rumah Makchaq..
Rezeki tiap kali berjumpa dengan beliau pasti di rumah Makchaq..
Dari sampai, turun kereta merengek nak main dengan kucing..
Tiap kali mai rumah Machaq mesti kucing menjadi pilihan dia..
Bergambar bersama blogger yang hadir.
Reaksi dak Adik bila termakan buah yang pahit..
Hahaha.. comel je tengok gelagat dia..
Candid dulu..
Manakala yang ini sumber dari FB..
Sebahagian yang hadir..
Sporting and Happening..
Bersama Datin Makchaq..
Aku baru perasan pasti baju warna merah tudung pink tiap kali ke rumah Makchaq.. hehehe..
Happening beb..
Ramai geng blogger mai..
Tapi aku tak dapat join makan sekali. Bukan sombong tapi.. eemm.. bau si raja Buah buat aku tawaf dua tiga kali rumah Mak sambil layan kerenah dak Nuha yang sedikit meragam.
Apa-apapun terima kasih buat Mak Azilah Abdul Aziz dan Pakchaq sekeluarga jemput kami datang rumah. Nanti kita open table pulak ek.. 🤗😘
#GengBlogger
StatusHati: Masih terasa berdenyut kepala dek bau durian tu..
ceria dan meriah!!!
ReplyDeleteOhh ini rupanya makchaq minta CH email makchaq.. utk mkn2 durian dan buah2an di rumahnya.. CH baru perasan komen yg makchaq tinggalkan..
ReplyDeleteTak pe lah makchaq utk berjumpa dan kebetulan pd tarikh tersebut ada kenduri kahwin di Seremban..
Seronok mkn2 buah2an..
bestnya kendurian..:)
ReplyDeleteKesian Ina tapi tetap sporting untuk menhadirkan diri... :)
ReplyDeleteNanti kita jumpa lagi ya.
La..sayangnya tak boleh bau durian apatah lagi makan ya. Sedapnya makan durian lagi2 bila ada yang belanja 😀
ReplyDeleteSantai memaniskan mulut dengan durian nih...hehe...alhamdulillah..
ReplyDeletebest nya. kenduri makan ramai-ramai cenggini ^_^
ReplyDeletebanyaknye duriannnn
ReplyDeletewaaaah seronoknyaaa jumpa kawan2 blogger ramai2 sambil makan durian =D
ReplyDeleteWah, meriahnya suasana...
ReplyDelete